Pernah Diberitahu Peluang Untuk Hidup Hanya 50 Peratus, Tak Sangka Begini Kehidupan Adam Hamid

Mengimbas kembali pada 9 Julai 2017, Abdul Hamid Bin Jarnail Karamdin atau nama komersialnya Adam Hamid pernah menggemparkan industri apabila dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangkitan kuman pada paru-paru dan pernah dimaklumkan bahawa peluang untuk hidup amat tipis. Namun setelah beberapa tahun berlalu, Adam bersyukur kerana masih diberi peluang kembali bernafas dan bangkit serta masih aktif dalam menghasilkan karya-karya terbarunya.

Menurut Adam, dia amat bersyukur kerana telah diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dari penyakitnya. Pada pertengahan 2019, Adam telah membuat kemunculan semula selepas ujian demi ujian yang telah diharunginya. Pada awal tahun 2020, figura ini mula mengarah semula dan telemovie pertama arahannya berjudul ‘Kifarah’ untuk slot RTM.

Selepas itu, Adam sekali lagi mengarahkan drama 26 episod yang berjudul ‘My Sweetheart Hannan’ dan penggambaran dijalankan di Romania dan Malaysia. Sekali lagi diberi ujian, selepas selesai sahaja penggambaran di Romania dan setelah pulang ke Malaysia, negara kita pula diisytiharkan ‘lockdown’ dan segalanya tergendala dan terpaksa bercuti panjang. Namun disebalik itu, terdapat hikmah nya yang tersendiri seperti yang didedahkan Adam kepada Murai.my baru-baru ini.

Benarkah Adam Tinggal Bersama Keluarga?

“Ya saya masih tinggal dengan keluarga dan Insyaallah untuk selama-selamanya kerana saya perlu menjaga kedua ibu bapa saya kerana mereka sudah berumur, dan Alhamdulillah mak ayah saya juga masih sihat cuma sakit-sakit biasa seperti sakit lutut dan mak pula perlu buat pemeriksaan bulanan seperti biasa. Alhamdulillah”

Pernah Terlantar Sakit, Adam Sudah Sihat Sepenuhnya Atau Masih Menjalani Rawatan Susulan?

“‘Ya saya masih lagi perlu menjalani rawatan susulan seperti pemeriksaaan darah setiap 6 bulan dan doktor masih lagi perlu memantau tahap kesihatan saya. Namun saya amat bersyukur kerana jika kita pernah diuji dengan kesakitan, kita lebih menitikberatkan soal kesihatan. Jika tidak, kita pasti akan mengambil mudah tentang tahap kesihatan kita sendiri.”

Siapakah Yang Selalu Memberi Kata-Kata Semangat Buat Adam?

“Dah tentu Mak Abah saya, adik beradik saya dan anak angkat saya yang selalu menjaga saya, banyak memberi kata-kata semangat untuk saya terus kuat dan sembuh seperti sediakala.  Kalau saya pergi dulu, siapalah yang akan menjaga mak ayah saya?

“Disebabkan itu, saya perlu kuat untuk melawan penyakit saya dan sihat. Saya juga bersyukur kerana anak angkat saya seorang yang sangat bertanggungjawab. Dialah yang menjaga saya sepanjang saya di hospital, pagi petang menjaga dan menemani saya. Kawan-kawan saya juga banyak memberi semangat, berdoa dan melakukan solat hajat untuk saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua.”

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *