Penyanyi Nana Sheme telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu. Jelas pemilik nama penuh Nur Nabilah Hashimi, 27, dia akui gementar namun dalam masa sama bersyukur apabila sah bergelar isteri kepada Zikri, 31.“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang.
Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami.“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu majlis pernikahan Nana dan Zikri telah belangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat pasangan pengantin berkenaan.Pelantun lagu Hantu atau Buaya itu, selamat dinikahkan oleh jurunikah Khalid Ibrahim dengan berwakil wali oleh bapa kandungnya, Hashimi Alwi.
Menyifatkan Zikri sebagai seorang yang pemalu, Nana turut mendedahkan hasrat suaminya yang ingin melihat dia menjadi seorang isteri sepenuh masa kelak.“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri.“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.
Insyallah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” tambahnya.Dalam pada itu, Nana yang manis mengenakan busana serba putih sewaktu majlis pernikahan, telah menerima dua emas dinar sebagai mas kahwin daripada Zikri. Selain itu, Nana dan Zikri telah memilih pusat perangingan Bali, Indonesia sebagai lokasi berbulan madu mereka.
Nana Sheme sah bergelar isteri produser muzik dengan sekali lafaz
DENGAN sekali lafaz penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihannya, Zikri Zakaria pada petang Sabtu.
Nana Sheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 27, dinikahkan oleh jurunikah Khalid Ibrahim berwakil walikan bapanya, Hashimi Alwi.
Majlis pernikahan itu berlangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak yang disaksikan oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan pengantin.
Pada acara tersebut, Zikri yang juga seorang produser muzik berasal dari Pulau Pinang menyerahkan dua dinar emas sebagai mas kahwin kepada Nana Sheme.
Menerusi siaran langsung di Instagram penyanyi lagu Hantu atau Buaya itu, pasangan berkenaan dilihat memakai pakaian sedondon serba putih.
Sementara itu, majlis kenduri pasangan itu di Kuching bakal berlangsung pada malam Sabtu di lokasi sama.
Manakala majlis menyambut menantu di pihak lelaki akan diadakan di Sungai Petani, Kedah dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Nana dan Zikri mengikat tali pertunangan pada Mei lalu namun bertindak merahsiakan perkara itu atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum ini Nana pernah mendedahkan cinta di antara mereka berputik ketika dia menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga.
Malah katanya, Zikri adalah insan bertanggungjawab menjaganya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.