A. Aida Hanya Mahukan Pelakon Baharu Perlu Cantik Dan Kacak, Sekali Amerul Affendi Sound Balik Buat Ramai Buka Mata

Tular di media sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan penerbit dan pelakon, A.Aida, tentang kriteria pemilihan pelakon baharu yang perlu cantik dan kacak, hmm apakes pula ni?

Pelakon filem Paskal, Amerul Affendi mengkritik pendapat ahli lembaga pengarah FINAS itu melalui satu ciapan di Twitter miliknya.

Biar tiada bakat, janji cantik dan kacak

Menerusi ciapan di Twitter tersebut, Amerul berkata bahawa ia akan menyukarkan pelakon baharu yang baru berkecimpung dalam dunia lakonan sekiranya paras rupa cantik dan kacak sahaja yang dipandang.

Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal-bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.. – Amerul Affendi

Tak kisah orang kecam, bagi saya wajib ada rupa paras – A. Aida

Kekal dengan pendirian rupa paras adalah elemen penting untuk menjadi seorang pelakon, penerbit, Datuk A. Aida tidak kisah sekiranya menerima kecaman daripada warganet mahupun penggiat seni.

Jelasnya, sebagai penerbit, dia mempunyai hak untuk bersuara secara peribadi walaupun kenyataan itu mungkin menyinggung mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendiriannya.

“Tak kisah apa orang nak cakap atau kecam, bagi saya wajib ada rupa paras. Nak berlakon dengan saya, kena cantik dan kacak. Bonus kalau berbadan sasa. Pelakon muda juga salah satu kriteria.

“Selain skrip yang baik, kriteria penting dan wajib adalah rupa paras. Itu adalah formula saya untuk menghasilkan drama yang menerima tontonan ramai. Saya cakap wajib sebab formula itu berjaya,” katanya.

A. Aida ditemui pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, penerbit popular itu turut dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sebelum ini, A. Aida pernah berhadapan kontroversi sama apabila beberapa anak seni membidas kenyataannya yang meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.

Pelakon legenda, Fauziah Ahmad Daud pernah bersuara menempelak kenyataan A. Aida dan menyifatkan penerbit itu tidak memahami rukun lakonan kerana hanya memandang rupa paras semata-mata untuk berjaya dalam industri seni.

“Buku atau rukun mana mengatakan untuk menjadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?

“Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti menghina ciptaan Tuhan? Ramai yang mempunyai bakat lakonan hebat mengatasi rupa paras. Kenyataan itu agak biadap,” kata pelakon hebat itu sebelum ini.

Hmm, pelakon yang berbakat atau pelakon yang mempunyai rupa paras menarik? Agaknya yang mana satu pembaca akan pilih?

Kredit: Twitter

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *