Sudah Lama Bersabar, Akhirnya Penyanyi Naqiu Nekad Buat Keputusan Ini.

Saya cabar orang yang cakap tu, kau datang jumpa aku, kau ‘urine’ (ujian air kencing) aku. Kalau tak ‘sangkut’, kau siap.” Demikian tegas penyanyi, Naqiu sekali gus menafikan dirinya mengambil bahan terlarang ekoran tuduhan dilemparkan segelintir pihak hanya kerana memiliki saiz fizikal yang kecil.Naqiu, 36, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib berkata, dia sudah berhadapan dengan tuduhan sebegitu sejak sekian lama.

Video di bawah sekali..

“Sebenarnya saya dah hadap perkara macam ni dan berpuluh tahun. Kepada orang yang bercakap begini, topik sampah ini, semak balik pernah ke tak fizikal saya naik atau badan saya mengembang lebih daripada saiz sekarang sebelum ini?

“Sebab ada bukti, saya dah ada dalam industri muzik dariumur 15 tahun. Saya menyepi dari 2008 dan bila saya kembali saya tetap macam ini juga.

Semua orang yang kurus ambil barang ke macam mana? Saya tak faham, sepanjang kehidupan saya banyak kali bila ‘road block’, berapa kali dah saya kena buat ujian air kencing tetapi mereka hanya jalankan tugas, tak apa. Yang anda ni kenapa pulak? Orang kurus je hisap dadah, bila orang berbadan besar anda kutuk pula, anda nak apa sebenarnya?” katanya.

Menerusi temu bual yang disiarkan pada program Melodi, Naqiu berharap tuduhan sama itu tidak berbalik kepada pemfitnah malah masih mencabar individu itu untuk berhadapan dengannya.

“Saya mendoakan apa benda yang awak cakap kepada saya tak terkena kepada awak balik ataupun keturunan awak.

“Sebab apa, saya ada keluarga, saya boleh membayangkan perkara ini ditanya terus kepada keluarga saya, apa perasaan mereka bila orang cakap macam ni?

“Terima kasih banyak, cabaran tu masih terbuka. Anda boleh datang jumpa saya, urine saya, tapi kalau tak sangkut, anda hadaplah akibatnya,” katanya.

Ikut kepala sendiri, punca Naqiu menyepi 12 tahun

“Kalau nak hidup lama dalam industri, tak boleh ikut kepala sendiri.”

Demikian buah fikiran dilontarkan vokalis kumpulan Boboy iaitu Naqiu berhubung survival seni muziknya terutama selepas bergelar juara program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Kata Naqiu, 36, jika berbuat demikian (ikut kepala sendiri), kariernya akan kembali ‘terkubur’ sama seperti 12 tahun lalu.

“Saya kena realistik dan tidak boleh ikut kepala sendiri kerana itu adalah punca saya menyepi selama 12 tahun dahulu.

“Saya masih buat kajian bagaimana menghasilkan karya yang terbaik untuk buat kemunculan semula.

“Tahun depan saya akan buat kelainan. Bukan satu tetapi kemungkinan dua atau tiga. Cuma tidak akan diberitahu sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Naqiu atau nama lengkapnya Wan Naqiuddin Mohd. Najib melahirkan rasa terkilan dengan penerimaan lagu-lagu terbaharunya yang dihasilkan selepas tamat program berkenaan tiga tahun lalu.

Katanya, karya-karya yang dihasilkan olehnya kurang mendapat sambutan daripada peminat hingga membuatkan dia berasa kecewa.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan lagu baharu yang dikeluarkan selepas GV6. Bukan sebab lagu yang membuatkan saya tidak suka, cuma hasilnya selepas keluar.

“Tidak tahu mana salahnya. Adakah konsep nyanyian atau cara untuk promosikan diri?” katanya.

Sehubungan itu, Naqiu masih mendengar pendapat daripada peminat mengenai persembahannya untuk penambahbaikan namun masih tidak mampu menghasilkan karya yang terbaik.

“Selepas keluar dari GV6 saya sering menghasilkan lagu sendiri. Ramai yang tanya saya bila nak keluarkan lagu dengan Boboy sehingga ada yang label saya lupa diri.

“Namun, selepas saya kembali kepada konsep lama bersama Boboy, kesannya hanya selama dua minggu. Jadi saya perlu buat banyak kajian untuk menghasilkan lagu yang boleh hit setanding penyanyi lain,” luahnya.

Pun begitu, dia masih tidak berputus asa untuk menghasilkan karya yang bagus supaya dapat memberikan yang terbaik sepanjang bergelar anak seni.

“Saya masih mencari formula untuk menghasilkan lagu hit supaya boleh pergi lagi jauh memandangkan Datuk Ramli MS juga pernah berpesan untuk tidak mengharapkan orang lain sebaiknya mencipta karya sendiri.

“Saya berharap tahun 2023 akan mendatangkan banyak tuah kerana banyak yang sudah dirancang seperti perubahan dalam genre muzik,” jelasnya.

Naqiu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan drama pendek, Astana Mini Series yang merupakan arahan sulung pelakon Luqman Hafidz.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *