Dikatakan hidap ‘Histri0nic Person4lity Dis0rder’, Caprice bakal jumpa pak4r

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang pembantu pegawai perubatan tampil mengulas berhubung kelakuan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang dikaitkan dengan gangguan personaliti.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, @xscout84 atau Sabri Matsain memberi pandangan peribadinya selepas ada netizen yang bertanya mengenai personaliti penyanyi berusia 34 tahun itu.

Sabri berkata, bidang psikologi mempunyai cabang gangguan personaliti namun bagi sikap Caprice, penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan itu diklasifikasikan sebagai Histrionic Personality Disorder (HPD).

Alhamdulillah, Cap masih sihat

Tidak berdiam diri, Caprice tampil bersuara mengenai masalah gangguan personaliti yang diklasifikasikan sebagai HPD oleh pembantu pegawai tersebut.

Dalam hantaran di laman Instagram, Caprice syukur kerana dia masih sihat dan boleh berfikir secara waras.

Bagaimanapun, Caprice meluahkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir pegawai perubatan menilai seseorang mengalami gangguan personaliti di media sosial kerana ia boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan.

Memang dari 18 tahun jumpa pakar

Sedar dirinya dikatakan hidap HDP dan perlu jumpa pakar psikiatri, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini mendedahkan dia pernah berjumpa pakar namun hanyalah kerana dua perkara sahaja iaitu anxiety dan insomnia.

 

“Sejak dari umur 18 tahun sehingga sekarang ni, saya berjumpa dengan pakar psikiatri ada dua sebab ini iaitu anxiety dan insomnia.
“Cap punya anxiety tak boleh duduk diam, kena kerja dan kerja. Setiap kali saya duduk diam, tangan saya akan bergetar dan saya akan diserang panic attack.bad insomia, susah nak tidur sehingga terpaksa ambil pil tidur,”jelas Caprice.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kalau tak didiagnos seperti didakwa, Caprice minta bagi panadol

Sementara itu, Caprice memberitahu dia akan berjumpa dengan pakar perubatan untuk membuat ujian sama ada dia benar-benar hidup gangguan tersebut atau tidak.

“Minggu ini juga cap akan pergi jumpa psikiatri. Kalau mereka keluarkan surat dengan mengatakan Caprice tak ada masalah tersebut, hang perlu meminta maaf dalam tempoh 24 jam untuk beri panadol kepada semua netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut,”ujar Caprice.

Mana boleh tentukan penyakit mental seseorang macam tu

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana mereka menyatakan individu berkenaan tidak patut ‘cop’ seseorang memiliki masalah ‘mental’ hanya disebabkan beberapa video tular.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan kekecewaan apabila seseorang bukan doktor berkata sedemikian.

Sumber:OMM

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *