Tahniah..Selamat pengantin Baru..” , tema ‘jawa’ Sweet Qismina & Adam Lee buat ramai tepegun

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee dijangka bakal melangsungkan pernikahan sekitar bulan ini setelah memaklumkan persediaan perkahwinan sudah hampir siap. Walaupun tidak memberikan tarikh sebenar, namun Sweet menyatakan yang tarikh tersebut sama dengan tarikh mereka bertunang sekitar tahun lalu iaitu pada 24 Oktober 2021.

Sweet, Adam kongsi gambar ‘malam berinai’
Terbaharu, perkongsian Sweet Qismina bergambar bersama tunangnya, Adam Lee di laman Instagram mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dan pasangan dilihat megenakan busana bertemakan Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.

Dalam masa sama, Sweet juga menyertakan kapsyen ringkas beserta tanda pagar #TerciptaALSQ dan tarikh 22 Oktober 2022. “Ora perlu janji sehidup sematl, sing penting iso bertahan sampek mati,”tulis Sweet. Cantiknya, Rata-rata netizen termasuk rakan artis memuji kecantikan pasangan tersebut selain pemilihan tema busana yang dipakai oleh mereka.

 

Semoga bahagia hingga ke jannah. Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagian Sweet dan Adam dalam melayari bahtera rumah tangga tidak lama lagi. Untuk rekod, Sweet dan Adam telah mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun bercinta. Pelakon Adam Lee mengakui penat menguruskan sendiri persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam tempoh sebulan lagi.

Menurutnya yang mengakui teruja untuk bergelar seorang suami, persiapan tersebut dilakukan bersama tunangnya yang juga seorang aktres, Sweet Qismina. “Pastinya saya teruja dan tidak sabar untuk menanti saat tersebut tetapi boleh dikatakan kami berdua sangat penat.

“Walaupun bekerja namun dalam masa sama sibuk menguruskan semua persiapan,” kata pelakon Budak Tebing itu kepada Kosmo! Online. Ditemui pada sidang akhbar virtual drama terbaharunya, Adakah Engkau Menungguku, dia memberitahu tidak melantik mana-mana perunding perkahwinan untuk hari bahagianya kelak “Sebenanrya kami urus dan buat persiapan bermula daripada kosong sehinggalah hari ini.

Kami tidak guna khidmat perunding perkahwinan dan lakukan semua sendiri. “Cabarannnya ialah waktu kerja kami tidak seperti orang lain. Keluar pagi, balik pagi, semua itu agak mencabar tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kini sudah 75 peratus siap,” kongsinya.

Sementara itu, sama seperti pasangan lain, pemilik nama penuh Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, mengakui hubungannya dengan Sweet turut melalui pelbagai dugaan. “Bagi saya, jika bercakap tentang cabaran, semua pasangan pasti akan melaluinya. “Itu semua perkara normal tetapi kita perlu lihat cara dan bagaimana untuk menanganinya,” kongsinya tanpa berkongsi dugaan dilaluinya.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga selepas setahun bertunang. Tarikh perkahwinan pasangan tersebut dijangka pada 24 Oktober memandangkan mereka bertunang pada tarikh sama tahun lalu. – KOSMO! ONLINE & ohmy media.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *