Ditanya kenapa tldak tunggu restu kedua ibubapa, Ini balas isteri abang viva

Dahulu disanjung tinggi sebagai wira banjir selain pernah diberikan anugerah khas, Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar berdepan dugaan berat apabila dikcam oleh ramai netizen sejak semalam. Kemelut bermula apabila kakaknya mendedahkan di FB bahawa lelaki itu berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Abang Viva tak tahu kemelut keluarga… Dikeluarkan dari group WhatsApp family sejak Julai lalu.

Pun begitu, malam tadi dia segera memperbetulkan salah faham yang sudah tersebar. Sebenarnya keluarga sudah dimaklumkan tentang pernikahan tersebut, namun pasangan ini rupanya berdepan masalah tidak mendapat restu memandangkan Puan Eva merupakan ibu tunggal dan sudah 2 kali berkahwin sebelum ini. Namun Abang Viva enggan mengulas panjang demi menjaga aib semua orang.

Sebenarnya takde isu yang perlu disebar, tapi hati tengah marah…Benda pun dah jadi. Ditanya oleh netizen mengapa tidak menunggu restu terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga, Puan Eva juga mengambil langkah untuk kunci mulut.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedang `panas’, dia sedar kini aib keluarga pihak suami juga menjadi satu tanggungjawabnya untuk disimpan dengan rapi.

Semoga akak & Abang Viva kuat…Semoga isu beransur balk & dapat diselesaikan. Segala baik buruk pihak sana harus diterima dengan hati terbuka, justeru netizen mendoakan agar konflik mereka berdua diselesaikan segera. Selain mengucapkan “Selamat Pengantin Baru”, netizen berharap sinar kebahagiaan akan hadir untuk pasangan tersebut.

Tatkala orang ramai tumpang gembira terhadap berita pernikahan Abang Viva dan Evanoza Zakaria, timbul pula spekulasi kurang enak dipercayai daripada kakak pihak lelaki. Selain mengabaikan keluarganya, Azwan Omar turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan serta restu kedua-dua ibu bapanya.

Saya bercakap berdasarkan bukti…saya masih WhatsApp dengan mak sebelum & selepas nikah
Susulan itu, Abang Viva tampil menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi bagi menjelaskan isu berbangkit tersebut. Sambil menafikan dirinya berkahwin tanpa pengetahuan orang tua, ‘hero banjir’ berusia 3o tahun berkenaan turut tunjukkan bukti perbualan bersama ibunya di WhatsApp sebelum dan selepas diijab kabulkan. Selain itu, Azwan Omar juga ada mengirim gambar kahwin dan video semasa akad nikah di pejabat agama pada 14 Oktober lalu.

Dengan ayah saya dah beritahu 3 kali, mak 5 kali…cuma mereka tak bersetuju dengan calon yang saya pilih. Ujarnya lagi, perkahwinan tersebut sudah diberitahu kepada ayahnya sebanyak 3 kali manakala ibunya pula 5 kali. Namun, pada masa itu mereka tak bersetuju dengan calon isteri pilihannya.

Justeru Abang Viva akui mungkin silapnya adalah kerana teruskan juga, tapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu ayah. Bahkan sehari sebelum nikah, dia menerima sekeping nota “Selamat pengantin baru” daripada maknya. Mak ayah tak hadir pernikahan atas faktor kesihatan.

Mengulas tentang ketiadaan ibu bapanya di pejabat agama, Azwan Omar jelaskan perkara itu dibuat atas faktor kesihatan mereka yang kurang baik pada hari nikahnya. Selain itu, Abang Viva akui tidak tahu menahu apa yang terjadi antara ahli keluarganya kerana sudah dikeluarkan daripada WhatsApp Group sejak Julai lalu ketika terlibat misi banjir di Kedah. Maka, isu berbangkit seperti ini juga tidak dapat dibincangkan bersama mereka.Tonton klip penuh.

Saya tak nak cerita selebihnya sannpai membuka aib sesiapa…live ini dibuat untuk betulkan kenyataan orang terhadap saya. Di hujung sesi siaran langsung tersebut, Azwan Omar meminta semua pihak agar doakan yang terbaik dan beri mereka peluang untuk selesaikan salah faham ini dengan tenang dan tertutup.

Dia juga tidak mahu cerita lebih lanjut sehingga membuka aib sesiapa, sebaliknya niatnya tampil kepada umum malam tadi adalah untuk membetulkan tanggapan orang terhadapnya dan isteri sahaja. Sumber viralnewsupdates & utube viral terkini malaysia

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *