Abang Viva kahwin tanpa restu keluarga? Kakak minta henti buat ibu bapa derit4

Berita tentang perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dengan pasangannya  Evanoza telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet.

Abang Viva naik pelamin

Rata-rata mereka mendoakan agar hubungan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat selepas selamat memaklumkan sudah bergelar suami isteri pada pagi Jumaat.

Evanoza juga sempat memuat naik video gambar-gambar perkahwinan mereka dan meminta agar orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Bukan nak mempermalukan pengantin

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada Abang Viva dikenali sebagai Fauziyah Omar telah mencuri perhatian ramai.

Dalam posting tersebut, dia seolah-olah memberi bayangan seperti perkahwinan tersebut tidak direstui ibu bapa sehingga mendakwa yang sukarelawan itu mengabaikan orang tuanya selepas berkenalan dengan pengantin perempuan.

Berhenti tanya tentang abang Viva kepada ibu bapa

Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut ada meminta agar orang diluar sana berhenti bertanya atau bercakap mengenai pengantin lelaki kepada ibu dan bapanya kerana mereka sudah berhabis air mata mengenangkan perbuatan pasangan pengantin terhadap mereka.

Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar masalah tersebut, Fauziyah mengatakan niatnya membuat posting tersebut sama sekali bukan untuk mempermalukan meraka berdua.

“Saya mohon kepada semua,
“BERHENTI LAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA.
“Cukup lah dgn apa yg dah mak ayah sy tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah airmata yg telah jatuh ke pipi mak ayah sy yg dah tua. Berhenti kaitkan kami dgn mereka.
JGN TAMBAH DERITA YG ADA.” tulisnya.

Kakak yang sebar aib sendiri?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya mengapa perkahwinan sukarelawan itu tidak direstui oleh keluarga.

Namun, ada juga yang meninggalkan pesan supaya pemilik Facebook berkenaan tidak membuka aib keluarga dengan mendedahkan perkara ini kerana boleh saja ia dibincangkan secara kekeluargaan.

Kalau betul tak nak publisiti tak perlulah post

Semua benda memang nak post ea kak?

Aib keluarga jangan dijaja

Dah puas aibkan Eva?

Menjengah ke akaun Facebook Evanoza, dia ada memuat naik beberapa status seakan meluahkan apa yang terjadi. Namun, dia seoalah-olah pasrah diaibkan sebegitu oleh keluarga pihak sebelah sana.

Patut perkara ni disimpan untuk jaga aib semua pihak

Apa-apa pun, semoga salah faham ataupun masalah antara mereka dapat diselesaikan dan tahniah buat pasangan pengantin.

Sumber:OMM

 

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *