Abang Viva Baru Saja Berkahwin Tiba Tiba Ada Cerita Tak Best Dtg Dari Keluarga Dia. Ini Respond Abang Viva Tentang Itu

Pada saat ramai rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan terhadap pernikahan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva bersama pasangannya, Evanoza Zakaria, rupa rupanya seperti ‘ada kisah’ di sebaliknya.

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada Abang Viva dikenali sebagai Fauziyah Omar telah mencuri perhatian ramai.

Dalam posting tersebut, dia seolah-olah memberi bayangan seperti perkahwinan tersebut tidak direstui ibu bapa sehingga mendakwa yang sukarelawan itu mengabaikan orang tuanya selepas berkenalan dengan pengantin perempuan.

Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut ada meminta agar orang diluar sana berhenti bertanya atau bercakap mengenai pengantin lelaki kepada ibu dan bapanya kerana mereka sudah berhabis air mata mengenangkan perbuatan pasangan pengantin terhadap mereka.

Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar masalah tersebut, Fauziyah mengatakan niatnya membuat posting tersebut sama sekali bukan untuk mempermalukan meraka berdua.

Hal itu dapat dihidu sewaktu Gempak meninjau laman sosial Facebook Azwan yang menjadi kebanggaan dan digelar hero banjir setelah menyelamatkan banyak mangsa banjir dengan menaiki kereta Viva berbekalkan RM50 dan bot pinjam.

Daripada tinjauan yang dilakukan, pernikahan pasangan sukarelawan ini didakwa tidak mendapat restu daripada pihak keluarga perempuan.

Malah menerusi kemas kini terbaharunya petang tadi, Azwan dilihat menulis: “Tunggu live malam ni untuk clearkan semuanya.

“Dan korang boleh nilaikan sendiri..sekarang ini tengah kerja.”

Kemas kini tersebut kemudian disertakan dengan tagar #orangjauhnakmasuk #cuba tegak benda yang sendiri buat salah.

Luahan tersebut kemudian dibalas oleh lebih 200 komen. Membaca komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata rata menasihatkan Azwan untuk tidak membuat Live sekaligus menyelesaikan masalah keluarga tanpa pengetahuan netizen.

Malah dalam kebanyakan komen yang ditinggalkan ada yang menulis: “Tak perlu buat live dik, hal keluarga sebaiknya simpan sendiri. Kalau boleh tutup rapat rapat.”

Ada juga yang meninggalkan komen: “Tak perlu minta netizen untuk nilaikan. Lagi lagi melibatkan ibu dan bapa. Jaga sedikit perasaan mereka.”

Namun anak kelahiran Melaka itu dilihat belum menjawab permintaan dan nasihat daripada netizen untuk ‘tutup mulut’, selesaikan masalah keluarga secara senyap senyap dan tidak lupa meninggalkan ucapan Selamat Pengantin Baru’ kepadanya.

Terdahulu beberapa siri foto post wedding Azwan dan Evanoza tersebar di media sosial selepas ia dikongsikan oleh Aziziang Photography.

Alhamdulillah, abang Viva dah kahwin guys! Tahniah Azwan Omar dan isteri tercinta Evanoza.

Terima kasih juga ‘support’ Aziziang Photograhy,” tulis muat naik Facebook berkenaan bersama beberapa gambar perkahwinan pasangan tersebut.

Lantaran itu, netizen meninggalkan banyak ucapan tahniah terhadap pasangan yang sebelum ini dilihat melakukan lamaran tak rasmi melalui satu live di Tiktok beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Azwan belum menjawab pesanan WhatsApp dan panggilan telefon yang diusahakan Gempak kepadanya.

Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian. Semoga kekal ke akhir hayat.

Sumber : GEMPAK/OMM

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *