Hiburan
Minyak Hitam Motor Bocor Tunggu Anak ‘Bank In’ RM30 Tapi Apa Yg Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Sebak

Seorang lelaki dikenali sebagai Zulfitri Basir berkongsi satu video di laman TikTok, yang berjaya membuatkan rata-rata netizen berasa sebak.
Kisahnya bermula apabila dia membantu seorang warga emas di sebuah pam minyak pada waktu Maghrib.
Tunggu anak transfer RM30
Menerusi video pendek itu, lelaki tua yang kelihatan sedikit bongkok dan tangan berbalut bertanya mengenai waktu azan kerana ingin menunaikan solat.
Sementara menunggu masuk waktu solat, lelaki berkenaan sempat berbual dengan pakcik terbabit. Difahamkan, warga emas itu bertanyakan di mana mesin ATM berhampiran yang boleh mengeluarkan wang sebanyak RM30 kerana dia ingin membeli minyak hitam motosikal.
Tiba-tiba seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. Maghrib masuk pukul berapa? Aku jawab lah, 7.01 minit pakcik. Lagi 6 minit masuklah. Bolehlah kita berjemaah sekali pakcik. Kemudian pakcik tu duduk bawa kerusi dekat dengan saf aku.
Tiba-tiba pakcik ini tanya, selain dari dekat sini, dekat mana ada ATM mesin. Dekat petronas tu ada tapi tak boleh keluar RM30. Aku pun bagitau dekat pakcik tu. Dekat depan sana sikit tu ada, tak pasti boleh keluar duit RM30 ke tak. yang
Rupa-rupanya, pakcik itu sudah menunggu anaknya yang sedang belajar di universiti sejak pukul 5.00 petang lagi untuk memasukkan sedikit wang yang dipinjam dari rakannya kerana dia turut tidak mempunyai wang. Tersentak mendengar kisah warga emas itu, lelaki terbabit kemudiannya menawar untuk membantu warga emas berkenaan
Kemudian pakcik tu cakap, tadi saya call anak saya, dia kat universiti. Dia bagi RM30 je untuk balik rumah. Tadi call dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit.
Nak beli minyak hitam. Sebab motor bocor pula minyak hitam. Dia cakap takde duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tengah tunggu ini dari pukul 5.
Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik Kajang. Lalu aku pun cakap, Tak apa pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam rumah Allah SWT. Allah akan bantu pakcik.
Ujar pakcik itu lagi, dia yang merupakan bekas anggota tentera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru sahaja pulang daripada melawat isterinya yang kini menghidap kan ser tahap tiga di Hospital Tentera Wangsa Maju.
Dedahnya, dia mempunyai empat orang cahaya mata dan tiga daripadanya sedang belajar di universiti tempatan manakala seorang lagi masih bersekolah.
Baru terlibat dalam kemal angan
Lebih sebak lagi apabila warga emas terbabit baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan tangannya patah sehingga menyebabkan tangannya tidak berapa kuat.
Tangan dia patah, hari ni hari dia buka simen. Jadi tangan dia masih tak berapa kuat. Dia kata hari tu dia kerja dekat stesen minyak. Sebab PKP dia kena berhenti sebab kontrak. Lepas tu sampai sekarang dia dah tak kerja.
Aku pergi dekat motor dia. Tengok motor dan ada minyak hitam tumpah sikit-sikit. Dia cakap nak bawa balik Kajang je. Lepas tu nanti ada duit dia nak repair perlahan-lahan. Takut kalau kering minyak hitam lagi teruk motor tu.
Apabila ditanya sama ada sudah makan atau tidak, pakcik itu mengatakan bahawa dia tidak makan sejak pagi lagi.
Aku cakap ambil la apa nak makan. Dia ambil sandwich dan air susu banana. Kemudian aku tanya dia nak apa-apa lagi tak. Dia cakap cukup dah ni. ini pun dah bersyukur.
Dalam pada itu, warga emas terbabit berharap agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka. Sebelum pulang, lelaki berkenaan sempat hulurkan sedikit sumbangan meskipun pada awalnya ditolak oleh pakcik tersebut.
Dia cakap saya cuba minta tolong keluarga. Tapi tak semua faham. Alhamdulillah itu sahaja pegangan saya (agama). Bagi anak-anak agama yang cukup. Harap satu hari mereka dapat ubah keluarga. Entah saya dan isteri ada atau tidak masa tu. Hanya semangat untuk anak-anak sahaja yang membuatkan dia kuat.
Aku pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula-mula tolak duit aku. Aku cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah SWT hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga.
Untuk Tonton video sila ke akaun Tiktok di bawah:
Sumber : zulfitribasir via OhBulan
Hiburan
Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.
Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.
Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.
Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber:Xtra
Hiburan
Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.
Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.
Penafian! Pelaku bukan saya
Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.
“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.
Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.
Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.
Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.
Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.
Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mamatt Khalid XV, Utusan (Asliza Musa),Omm
Hiburan
Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.
Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.
Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram
Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!
Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan
Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef
“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon
“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi
“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz
Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Sumber:Murai my
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap