Kongsi gambar dengan suami, kapsyen Sharifah Sakinah jadi tanda tanya

Pelakon wanita terkenal, Sharifah Sakinah sememangnya jarang berkongsi gambar dengan suaminya iaitu Michael Hansen yang juga seorang warganegara Sweden.

Hal tersebut susulan mereka menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan masing-masing berulang alik beberapa bulan sekali untuk berjumpa.

“Kami tak boleh lagi sebagai pasangan”

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka ini telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar dengan suaminya beserta kapsyen yang mengundang pertanyaan.

“Kami mempunyai pendapat yang berbeza, kepercayaan berlainan, perspektif dan ideologi. Disebabkan itulah kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Inilah pengakhiran” tulisnya.

Dia juga telah menutup ruangan komen di posting tersebut dan pastinya mengundang pertanyaan ramai.

Sempat bercuti bersama awal Oktober

Menjengah ke ruangan Instagram Michael, dia dilihat belum berkongsi apa-apa kenyataan ataupun penjelasan mengenai perkara ini.

Namun, sekitar awal awal Oktober, mereka ada berkongsi momen bercuti di Dubai dan terlihat begitu bahagia.

 

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang jelas daripada selebriti itu tentang status perkahwinannya ketika ini.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah dan Michael Hansen mengakui sudah berumah tangga sekitar Februari lalu apabila sering ditanya tentang hubungan mereka.

Namun begitu, adik kepada selebriti Sharifah Shahirah ini memilih untuk tidak menguar-uarkan perkahwinan mereka memandangkan mahu menjaga sensitiviti keluarga Hansen.

Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Sakinah dan keluarga.

Sumber:OMM

About admin

Check Also

Baru Je Selesai Masyuarat, Akhirnya BN Telah Buat Keputusan Ini

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *