Masa Cikgu Fadli Buat Live, Sekali Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia Masuk Tengok, Ini Reaksi Padu Cikgu Fadli

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan kelantangannya bersuara mengenai silibus pembelajaran yang didakwanya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Fadli menerusi siaran langsung di Facebook mengesahkan perkara itu, sekaligus menandakan guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu bebas daripada tiga tuduhan ke atasnya.

“Saya rasa kenapa saya tidak didapati bersalah adalah kerana tekanan netizen, kalau didapati bersalah, rakyat akan bangkit. Saya yakin tindakan ini kerana ada dendam orang tertentu terhadap saya.

“Ini kezaliman yang nyata dan kesalahan saya tak setimpal dengan denda yang hendak dikenakan,” katanya.

Guru sekolah rendah itu turut menyuarakan rasa berterima kasih kepada pihak menyokong dan merasakan denda yang ditujukan kepadanya sebelum ini tidak munasabah, hanya kerana lantang bersuara berkenaan isu pendidikan.

“Saya dizalimi, sebab itu sokongan orang ramai nampak, orang tak kenal saya sebelum ini pun bila dia baca pertuduhan saya kerana menulis berkenaan silibus dan sebagainya, patutkah orang ini dibuang? Tak patut, sebab itu sokongan jadi melampau,” katanya.

‘Saya berjuang bukan untuk pangkat’ – Cikgu Mohd Fadli

“Perjuangan saya untuk mengubah benda yang rosak supaya rakyat lebih hormat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” kata guru matematik, Mohd Fadli Mohamad Salleh.

Beliau berkata, jangan terus jadikan masa depan anak murid sebagai pertaruhan dengan silibus dan dasar yang tidak sesuai.

“Mungkin dasar yang dibuat atas kertas sangat baik namun pelaksanaannya tidak seperti yang diharapkan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook, malam ini.

Mohd Fadli yang juga guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak berkata, sistem pendidikan negara juga perlu diasingkan daripada pengaruh politik agar tiada campur tangan dalam sebarang keputusan.

Beliau berkata, wujud pegawai yang hanya sering menceritakan pencapaian kepada pegawai atasan dan Menteri walaupun realiti adalah sebaliknya.

Justeru, katanya, penjawat awam perlu diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan mengenai kepincangan dalam dasar kerajaan.

Menurutnya, keadaan ini perlu dinilai semula bagi memastikan pandangan yang diberikan dapat memberi tambah baik dalam sistem penyampaian.

Mohd Fadli berkata, selaku pelaksana sudah pasti penjawat awam seperti guru mengetahui keadaan sebenar yang perlu di peringkat bawahan.

“Parti mana yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum akan datang tolong ubah dasar ini supaya idea yang diutarakan tidak disekat.

“Benarkan kebebasan bersuara untuk hal yang sesuai dan kritikan membina agar idea tidak disekat.

“Jika tidak setuju dengan cadangan atau kritikan yang dibuat, maka pegawai atasan boleh berhujah secara ilmiah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusannya, Mohd Fadli berterima kasih kepada netizen yang tidak henti menyokongnya untuk memperjuangkan isu pendidikan.

Katanya, sokongan yang diterima juga menyebabkan isu ini mendapat perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pendidikan.

“Saya berjuang bukan disebabkan mahukan pangkat tapi mahu anak murid mendapat hak pendidikan lebih berkualiti dan KPM dipandang tinggi.

“Apabila ada cacat (kekurangan), mereka perlu terima dengan hati terbuka dan ini membolehkan sistem pendidikan kita dipandang tinggi,” katanya.

Pegawai KPM follow dan dengar LIVE saya sampai habis”-Cikgu Fadli

“Alhamdulillah. Saya rasa happy sangat malam ni.

Happy bukan sebab didapati tak bersalah. Tu pun happy juga. Tapi yang membuatkan saya benar-benar happy, Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tonton LIVE saya.

Pegawai KPM follow dan dengar LIVE saya sampai habis. Dengar luahan hati saya yang mewakili majoriti luahan guru-guru Malaysia.

Mereka sudi mendengar tu pun satu kejayaan buat saya. Mahal tu. Sangat mahal kementerian sendiri sudi dengar luahan warga pelaksana ini.

Saya puas hati sangat malam ni dapat luah segalanya secara jujur tanpa berselindung.

Tolong ambil mana yang bermanfaat, apa yang perlu baiki, baiki lah.

Tolong bina trust guru-guru pada PPD, pada JPN, pada KPM. Kita saling tidak percaya sesama. Dan inilah yang merosakkan kita.

Terima kasih semua yang sokong saya, yang sudi komen, sudi share LIVE tadi.

Sangat besar maknanya buat perjuangan saya bila KPM mendengar ni. Walau mereka belum buat apa-apa, namun kesudian mendengar itu sangat-sangat saya hargai.

Akhirnya, suara guru kecil ini didengari secara rasmi. Allahu, sujud syukur saya.

Ni lah hikmah taatnya saya pada nasihat ma. Inilah hikmah ma minta saya menyampaikan sesuatu dengan berlembut sepertimana Nabi Musa a.s berdakwah pada Firaun.

Besar sungguh hikmahnya.

Kawan-kawan, jika kalian masih ada ibu, taatlah pada ibumu. Mesti pun ibumu bukan berkelulusan tinggi, meski pun mereka tiada degree, namun kata nasihat ibu ini sangat tinggi darjatnya.

Percayalah!

#MFS

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin dilaporkan berkata, keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan terhadap guru berkenaan akan diketahui hari ini, yang akan diserahkan kepada ketua jabatan guru matematik berkenaan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan Fadli pada Jumaat lalu.

Pkharuddin memaklumkan, surat yang diterima Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sebelum ini, Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau dalam hantaran Facebooknya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

kredit: mkini, fb cikgu fadli

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *