Macam lesen lembu je…” – Michael Ang pelik melihat rantai emas Dato’ Seri Vida

Michael Ang Hai Swee atau lebih dikenali sebagai Michael Ang merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon Malaysia. Selain itu, beliau ialah pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd. Di samping itu, beliau turut bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan ‘single’ pertamanya iaitu Cinta Atau Propa. Selain itu, beliau mendedahkan secara mengejut pada 30 April 2019 bahawa beliau telah memeluk islam kerana tidak mahu masyarakat luar mempersoalkan mengenai status agamanya. Beliau juga telah mendapat restu oleh kedua ibu bapanya untuk memeluk islam.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik onlyyou_gold menunjukkan beliau sedang menghadiri makan malam di sebuah restoran bersama Dato’ Seri Vida, Ifa Raziah dan sebilangan golongan artis yang lain. Klip video tersebut menunjukkan beliau sedang menegur rantai Dato’ Seri Vida apabila Dato’ Seri Vida sedang menunjuk disitu. Michael Ang mengatakan rantai tersebut seperti lesen lembu kerana ianya sangat besar. Rata-rata netizen terhibur melihat Michael Ang melontarkan kata-kata tersebut kepada Dato’ Seri Vida. Ramai juga yang mengatakan rantai Dato’ Seri Vida tersebut seperti rantai motor. Ada juga yang mengatakan iainya adalah ujian kemewahan kepada Dato’ Seri Vida.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 1.0M tontonan, 21.8K sukaan dan 178 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@user4700119213040:semua.milik.ALLAH..beringatlah.ujian.allah..jgn.smpai.leka.dgn.kemewahan..yg.ALLAH.berikan.

@zigzag:buat rantai motor pon ok ni bagi x hilang , mangga emas perghhh motor paling berkilau bila park bwah mentari

@username_080009:sebenar aku tgh tggu golongan ni mcmmana dorang survive bila dah jatuh

@Nat asha betty:Alhamdullilah smoga mereka yg mempunyai emas yg sebesar burung gagak jgnla lupa ia semua dtg dari rezki allah.jgn lupa makcik2 tu

@nannyeinaahmad1:Berani pakai sbb turun kereta naik kereta body guard ada,cuba jln2 mcm org biasa kesana sini,tinggal badan sj kut…

@FT|MPLgamer:katahuilah bahaya tiada sesuatu di muka bumi ini yg lebih mahal dari pada iman yg kita ada iman tidak dpt di beli

Sumber: Tiktok, Wiki

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *