Bapa Tk Pernah Bagi Kasih Sayang, Cik B Akui sesuatu tentang Mama

Anak kepada jutawan kosmetik terkemuka Datuk Seri Vida, Cik B baru-baru ini meluahkan perasaan mengenai kehidupannya di media sosial TikTok.

Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, bapanya tidak pernah berada di sisinya melainkan bersama ibu. Dalam hantaran TikTok itu, Cik B memuat naik foto-foto dia bersama ibunya semasa kecil sehingga kini. Tulis anak gadis itu lagi, “Ayah saya tidak pernah ada untuk saya” dalam kapsyen video tersebut.

Jelasnya lagi, di sebalik perwatakannya dia yang bersahaja dan ‘cool’, dia mempunyai seorang ibu yang cukup hebat. Di sebalik kanak-kanak yang hebat seperti saya, ada seorang ibu yang luar biasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Cik B. Cik B anak mama yang hebat. – netizen. Tulis netizen, Cik B mempunyai ibu yang hebat dan bertanggungjawab memberikan segala-galanya meskipun tanpa kehadiran seorang suami di sisi.

 

BERUNTUNG betul jadi Cik B. Sudahlah hidup dengan limpahan kasih sayang ibunya, Datuk Seri Vida. Lebih utama Cik B juga beribukan seorang usahawan jutawan yang memanjakan dirinya dengan kehidupan dan barangan mewah berharga beribu-ribu ringgit pada usia muda.

Nak tersembul biji mata tengok harga jam tangan yang digayakan Cik B sahaja sudah mencecah harga setengah juta ringgit!

Belum lagi harga pakaiannya yang mencecah harga RM14,000. Jumlah semua yang digayakan Cik B dari hujung kepala hingga hujung kaki hampir mencecah RM700,000!

Demikianlah serba sedikit perkongsian oleh remaja berusia 17 tahun itu apabila mempamerkan harga pakaian dan aksesori yang digayakan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Bukan barangan ‘ciplak’ tau, semuanya jenama mewah terkemuka. Harganya boleh membuatkan orang ‘kebanyakan’ yang tengok terasa makan hati termasuklah Diva sendiri.

Jangankan kata nak pakai barang harga beribu, kasut Diva sendiri tak sampai RM200 pun dah rasa cukup mahal.

Cuma yang tidak sedapnya, bila ada netizen rasa kurang senang dengan tindakan Cik B menayang barangan mewah untuk tatapan umum.

Kata netizen, Cik B nampaknya sudah mula mengikut perangai ibunya yang suka menunjuk-nunjuk dalam media sosial. Sumber beautifulnara.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *