Aku tak nak tngok..”- Baru Je Bapa & Suami Nazihah Buka Mulut, Sekali Shaarnaz Bersuara Buat Ramai Setuju

Suami wanita yang maut tersepit dalam kenderaan terbakar susulan kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Sedenak, malam tadi, masih dalam keadaan terkejut serta masih menenangkan dirinya.Sepupu lelaki berkenaan, Nur Izzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata, Redzuan Jamil, 30, masih terjejas dengan insiden menyayat hati itu sehingga enggan makan dan minum sejak kejadian itu.

“Suami Allahyarham Azi, masih dalam keadaan terkejut dan trauma. Ibunya memaklumkan Redzuan masih terganggu sehingga mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali ketika tertidur akibat keletihan malam tadi.”Doakan suaminya tabah menghadapi dugaan berat ini,” katanya ketika ditemui media di kediaman ibu bapa Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin di Kampung Lukut, Batu 4 di sini, hari ini.Malam tadi tular video menyayat hati Redzuan menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam itu, dua individu maut dalam kenderaan membabitkan lima kenderaan termasuk dua daripadanya terbakar.Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.Dalam pada itu,Nur Izzah berkata, sepupunya itu sebenarnya ditarik keluar dari kereta yang sedang marak terbakar oleh orang ramai di lokasi kejadian.”Tadi Redzuan ada memaklumkan orang ramai di lokasi kejadian menariknya keluar dari pintu belakang berikutan kebakaran pada kereta dinaikinya semakin marak.”Redzuan cedera di muka akibat melecur namun dia sangat ralat tidak berjaya menyelamatkan isterinya itu,” katanya.

Ini Kata-Kata Sharnaaz

Luluh hati, bapa tak sanggup lihat video

uluh hati saya bila tengok video kereta dinaiki Azi terbakar,” kata Kamalul Arifin Ahmad, 66, bapa kepada Nurul Nazihah, 30, yang maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, malam tadi.Kamalul Arifin berkata, ketika melihat rakaman video yang tular itu dia mengalirkan air mata dan tidak sanggup meneruskannya sehingga habis apabila mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.”Hati saya luluh dan tubuh menggigil apabila dimaklumkan Azi maut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.

“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.”Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri (Saliah Hood, 56) paling sedih kerana mereka berdua sangat rapat.”Bagaimanapun perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, Batu 4 di sini, hari ini.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang terbakar susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan itu.Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Kamalul Ariffin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.”Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain.”Sebenarnya kami empat beranak baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.”Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.”Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *