Sebelum ini, tular mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terb4kar dimamah api marak.
Walaupun terselamat dalam nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), namun hati lelaki yang dikenali sebagai Redzuan Ismail masih tidak tenteram mengenangkan Allahyarhamah isterinya, Nurul Nazihah.
Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, sepupu kepada Redzuan iaitu Nurul Izzah memaklumkan suami Allahyarhamah masih trauma kerana gagal menyelamatkan isterinya.
Dia masih trauma, tak nak makan & minum… mengigau panggil nama isteri berkali-kali masa tidur malam tadi.
Apa yang lebih menyayat hati, Redzuan masih terkejut dengan insiden yang berlaku sehingga enggan makan dan minum serta mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali ketika tertidur akibat keletihan.
Bini aku tak ada, dompet aku tak ada, handpone aku tak ada, fail client semua terb4kar dalam kereta.
Bukan itu sahaja, ibu kepada Redzuan turut meminta sepupunya itu untuk menyimpan video terakhir Allahyarhamah yang sempat dimuat naik beberapa jam sebelum terlibat dalam n4has.
Mak suami minta save video ni untuk kenangan anak dia.. takut video ni hilang.
Info tambahan, kemalangan berpunca dari sebuah lori 5 tan yang dipandu laju dan merempuh empat buah kenderaan dari arah belakang pada jam 7.47 malam.
Difahamkan, kemalangan tersebut membabitkan enam mangsa iaitu dua maut rentung di lokasi kejadian, manakala empat lagi terselamat.
Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia
Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia Kamalul Arifin, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini.
Beliau rupanya baharu kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Lebih memilukan, pemergian Allahyarham ke Tanah Suci dikatakan untuk sebagai ikhtiar dan berdoa bagi dapatkan zuriat.
Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui hasrat beliau dan isteri Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.
“Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arwah pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.
“Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat,” katanya.
Menurutnya lagi Nurul Nazihah,baru sahaja kembali bekerja dua had lepas dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.
Kamalul berkata meskipun sedih dengan pemergian Nurul Nazihah, beliau reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.