Lelaki pernah ‘kant0i’ cur4ng did4kwa sumb4t bekas isteri masuk penjar4?

Sebelum ini, pernah tular berkenaan seorang pegawai perubatan yang ditangkap berlaku curang oleh isterinya yang juga seorang doktor.

Lelaki itu telah ‘ditangkap’ berdua-duaan dengan wanita lain di dalam rumah. Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit sudah bercerai selepas kejadian tersebut.

Kejamnya jadi lelaki

Nampaknya, isu berkenaan tidak habis disitu apabila ada satu dakwaan di media sosial mengatakan yang lelaki terbabit telah menyumbat bekas isteri ke dalam lokap.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh elisa bustaman mengambil dari tangkapan layar yang diperoleh dari group Facebook, lelaki terbabit dikatakan telah menyebabkan bekas isterinya di penjara dengan alasan melanggar perintah mahkamah berkaitan penjagaan anak.

Ulang alik ke penjara

Dalam tangkapan layar terbabit, bekas suami didakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada bekas isterinya. Wanita ini mempersoalkan tindakan mahkamah yang didakwanya berat sebelah dan tidak adil.

Lelaki tak nak bagi kerjasama

Menyirap betul baca

Ciapan tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang kebanyakkannya geram dengan apa yang berlaku.

Mereka juga berasa tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit sangat kejam sedangkan umum sedia tahu apa yang dilakukannya sebelum ini.

Ego seorang lelaki, anak2 jadi mangsa

Difahamkan, pendedahan terbabit telah diceritakan sendiri oleh sepupu kepada wanita itu.

Hina dan jijik betul sekor ni

Ikuti perkembangan dari sepupu wanita terbabit

Difahamkan, doktor wanita itu kini tidak lagi di dalam penjara dan ia dibebaskan kira-kira selama 6 bulan. Pengguna Twitter itu memaklumkan jika ingin mengetahui perkembangan kes tersebut boleh mengikuti penulisan sepupu wanita terbabit di media sosial.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *