Tak payah repost, aku minta dilayan ko ke?”- Caprice ‘k0y4k’ respon Cikgu Fadli

Baru-baru ini, penyanyi rap sensasi, Caprice meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas menerima respon daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai isu menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, dia kelihatan agak berang selepas Cikgu Fadli memberi respon yang tidak mahu melayan tawarannya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Ujarnya, sejak daripada dahulu lagi dia telah diminta oleh pengikutnya untuk memberi pendapat dan sokongan kepada golongan yang telah ditindas oleh pihak lain.

Namun begitu, akibat tawarnnya telah ditolak, Caprice menyifatkan cikgu Fadli adalah seorang yang sombong selepas namanya menjadi bualan di media sosial.

Sebelum ini, menerusi Insta Story yang dikongsikan,  Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut. Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang tidak mahu membenarkan Caprice masuk campur dalam urusannya memandangkan dia mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak berkuasa.

Sumber:Omm

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *