Pulangkan suami kepada keluarga, Umy mengesahkan sudah sah berpisah hari ini

Sejak awal tahun ini, Siti Rohayu dan Iebih dikenali sebagai Ayu atau Umy ada memberi bayangan akan rumah tangga yang dibina seakan-akan mula goyah dan ada unsur campur tangan orang lain. Sedangkan kisahnya dulu sering sahaja dijadikan inspirasi buat ramai pasangan suami isteri lain kerana cukup cekal menjaga si suami yang dikatakan `tiada harapan’ sehinggalah berjaya berdiri kembali.

Buat kali terakhir Umy Ayu bersama Abi. Namun harini terjawab sudah apabila Umy melalui laman Facebook miliknya mengesahkan sudah pun selesai menguruskan urusan perpisahannya dengan suami.

Ketika menuju masuk ke dalam perkarangan Mahkamah Syariah Daerah Besut, pasangan suami isteri berkenaan dilihat masih merangkul tangan masing-masing dan berjalan penuh sayu. Anggap ini pertemuan terakhir untuk selesai masalah ni…Umy pun dah tokse keluarga dia ganggu Umy ke, mari dumoh ke (minit ke 9:30).

Selesai dan terlafaznya saja talak daripada si suami, Umy yang ditemani rakan serta ahli keluarganya yang lain terus melangkah keluar. Sempat lagi wanita itu berpesan kepada lelaki tersebut untuk menjaga diri buat kali terakhir. Ketika di dalam kereta, dia jelas tidak dapat menahan sebak dan menegaskan selepas ini akan memulakan hidup baru dan berharap tiada lagi sebarang gangguan daripada pihak lain seperti sebelumnya.

Umy lagilah terkesan sebab dah jaga dia dari tiada harapan langsung sampai dia sembuh (minit ke 10:20). Dalam nada tersekat-sekat, Umy berharap tiada yang membuat spekulasi bukan-bukan dan menuduhnya membuta tuli kerana ambil keputusan sedemikian. Jelasnya, antara yang paling terkesan dalam perpisahan ini sudah tentulah ibunya kerana dulu banyak bantu menjaga menantu sehingga sihat.

Susulan itu, Wanita itu setia bersama dan tidak pernah patah semangat untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala. Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya. Malah, sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri.

Walau bagaimanapun, tinjauan media sosial milik Ayu yang terkini sudah tidak ada lagi gambar atau video suaminya dikongsikan. Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status memberi bayangan seakan-akan dalam proses berpisah dengan pasangannya.

Jelasnya, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat fizikal dan mental untuk mempertahankan rumah tangganya. Katanya, dia kini mahu mengutamakan anak-anak dan diri sendiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya. Sumber kisah dunia.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *