Connect with us

Hiburan

Bercer4i selepas cekal jaga suami k0ma lebih 90 hari, wanita reda… mahu mulakan hidup baharu- “Harap Abi lebih sihat dan baik dijaga keluarga”

Published

on

ISAH seorang wanita menjaga suaminya yang terlantar koma lebih 90 hari akibat kemalangan jalan raya pada mendapat perhatian warga maya.

Lebih menyentuh hati apabila Siti Rohayu atau lebih dikenali sebagai Ayu yang merupakan usahawan kosmetik tetap setia menjaga suami, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang hampir hilang ingatan tanpa berputus asa demi melihat lelaki itu sembuh seperti sedia kala.

Namun apa yang mengejutkan warganet apabila baru-baru ini sudah tiada gambar atau video bersama suami kecuali bersama anak-anak di media sosialnya.

Berdasarkan hantaran pada 11 Oktober 2022, Ayu memuat naik foto menunjukkan dirinya berjubah hitam berdiri di hadapan Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.

Dipercayai wanita itu sedang dalam proses penceraian setelah sekian lama menjaga suaminya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri sejak kemalangan itu.

“Ya Allah… Semoga keputusan yang aku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termasuk untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy (gelaran Ayu) semua. Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.

“Andai tiba saatnya di mana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan.

“Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah satu dunia membenci dan mengecam Umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini,” tulisnya di Facebook.

Ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya membuat satu siaran langsung (live) pada pagi Isnin, memaparkan dia berada di Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan bersama suaminya.

Dalam hantaran sama, Ayu menjelaskan bahawa itulah detik-detik terakhir mereka berdua bersama sebelum masing-masing bakal membawa haluan sendiri selepas ini.

“Selamat tinggal Aby (panggilan suami),” katanya dalam kapsyen sebuah video yang dimuat naik.

“Umy buat keputusan dengan rela hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan suami supaya tak ada pergaduhan mana-mana pihak dan bawa haluan masing-masing.

Ramai tak faham kalau nak share semua (perkara). Cuma (Ayu) berharap Abi lebih sihat dan bertambah baik (apabila) dijaga keluarga dia.

“Biar dia mampu nanti cari dan tengok anak-anak. Abi tak faham keadaan dia (diri sendiri). Kalau dia normal, dia tak cakap macam tu,” ujarnya merujuk kepada suaminya yang mencelah ketika sesi live.

Kata Ayu lagi, dia hanya menyalahkan dirinya sendiri atas perpisahan yang berlaku.

Malah katanya keputusan dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, wanita ini turut menejelaskan bahawa dia sudah penat untuk ‘berjuang’ demi hubungan mereka dan memilih untuk mengundur diri sebelum dia menjadi ‘gila’.

Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat.

“Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

“Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni fokus pada bisnes. Permulaan hidup baharu. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan Umy,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaharu pasangan suami isteri berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Moga Allah permudahkan urusan kalian berdua. Allah uji tanda Allah sayang pada kalian.

“Moga Allah bagi mudah. Bagi kuat untuk Umy dan Aby. Mohon jangan komen yang bukan-bukan.

“Siapa yang follow Umy dari awal Aby sakit, akan tahu sebab apa dia buat keputusan macam ni, harap anda faham dan tak kecam Umy. Kasihan Umy… dia tetap sayang Aby,” komen beberapa netizen pada hantaran di Facebook.

SUMBER:Mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Published

on

By

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.

“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.

Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.

“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.

Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.

Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Sumber:Xtra

Continue Reading

Hiburan

Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Published

on

By

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.

Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.

Penafian! Pelaku bukan saya

Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.

“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.

Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.

Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan  mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.

Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.

Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.

Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook Mamatt Khalid XVUtusan (Asliza Musa),Omm

Continue Reading

Hiburan

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Published

on

By

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.

Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.

“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram

Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!

Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan

Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef

“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon

“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi

“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz

Menurut laporan Harian Metro,  lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Sumber:Murai my

Continue Reading

Trending