Rupanya Ini Pesanan Terakhir Arwah Nurul Nazihah Kepada Suaminya Sebelum Kereta Terbkar

Suami kepada mangsa maut rentung dalam nahas kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak malam tadi mendedahkan isterinya meminta dia keluar terlebih dahulu.Memetik laporan Harian Metro, suami mangsa, Redzuan Jamil, 28, berkata isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, sempat mengungkapkan ayat ‘Awak keluarlah dulu’ sebelum maut terbakar depan matanya.

Redzuan berkata, dia berjaya ditarik keluar orang ramai melalui tingkap bahagian penumpang belakang sebelum cuba menyelamatkan isterinya.Bagaimanapun, cubaan menyelamatkan isterinya dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan gagal. Malah, mangsa dilihat tersepit di tempat duduk hadapan. “Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.

“Walaupun api marak namun saya tidak merasa bahang panas api malah isteri juga tidak memanggil nama saya apatah lagi meraung selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dahulu,” kata Redzuan.Bercerita mengenai detik-detik kemalangan berlaku, Redzuan berkata semuanya bermula selepas berlaku kesesakan di lebuh raya berikutan kemalangan yang berlaku berhampiran kawasan itu.

Ketika itu semua kenderaan berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan kereta saya serta dua lagi dilanggar dengan kuat.“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan merempuh kereta dinaiki kami sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta,” katanya.Katanya lagi, dia yang juga ejen insurans baru sahaja selesai bertemu pelanggan di Kluang bersama isteri dan dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menyaksikan JDT menentang Sabah FC.

Malangnya, dia tidak menyangka mereka akan berdepan insiden memilukan, selain mendedahkan mereka berdua sering ke mana-mana sahaja sejak berkahwin tiga tahun lalu termasuk atas urusan kerja.Redzuan juga  tidak menyangka isterinya pergi dengan cara sebegitu.Terdahulu, tular sebuah video menyayat hati apabila seorang suami menjerit, meraung dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Dalam kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 7.45 malam itu, dilaporkan dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan di lebuh raya berkenaan.Sehingga kini, seorang lagi mangsa maut selain Nurul Nazihah Kamalul Arifin masih belum dapat dikenali pasti. Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *