Ketika di Makkah Dia Sempat Beli..”- Ayah Nazihah Dedah Hajat Arwah Anak Yang Tidak Kesampaian

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki yang kematian isteri dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai, Johor, pada Sabtu.

Menerusi rakaman tular, Muhamad Redzuan kedengaran sedang meraung ketika isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin berada dalam sebuah kenderaan terbakar.

“Allah, Allahuakbar. Yang, saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah saya tak tinggal awak yang.

“Allahuakbar Itu bini saya bang… Allah Allah Allah,” jerit Muhamad Redzuan tidak jauh dari kenderaan berkenaan.

Dalam pada itu, sahabat kepada Allahyarham Nurul Nazihah turut berkongsi coretan sayu menerusi Facebook sejurus kejadian berkenaan tular dan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Menurut pemilik Facebook Syafiq Shariff, mangsa yang senang disapa Azie baru sahaja pulang mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.

“Arwah baru sahaja balik daripada umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada WhatsApp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana,” ujarnya.

Kota Tinggi: “Luluh hati saya bila tengok video kereta dinaiki Azi terbakar,” kata Kamalul Arifin Ahmad, 66, bapa kepada Nurul Nazihah, 28, yang maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, malam tadi.

Kamalul Arifin berkata, ketika melihat rakaman video yang tular itu dia mengalirkan air mata dan tidak sanggup meneruskannya sehingga habis apabila mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.

Hati saya luluh dan tubuh menggigil apabila dimaklumkan Azi maut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.

“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.

“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri (Saliah Hood, 56) paling sedih kerana mereka berdua sangat rapat.

“Bagaimanapun perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, Batu 4 di sini, hari ini.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang terbakar susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan itu.

Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Kamalul Ariffin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.

Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.

“Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain.

“Sebenarnya kami empat beranak baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.

“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.

“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *