pada awalnya saya ‘bergelut’…” – Pelakon Siti Elizad luahkan apa yg terjadi padanya.

Nama Siti Elizad semakin kukuh sebagai pelakon serba boleh. Mencuba nasib sebagai pengacara, Elizad turut mencabar diri berjinak-jinak sebagai penyampai radio, namun tidak mungkin mengetepikan cinta utamanya iaitu

lakonan. Biarpun sibuk merencana kerjaya seninya, jauh di sudut hati, Elizad mahu kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Sebelum ini saya sibuk di konti kerana tugas sebagai penyampai radio. Namun, memandangkan saya kini sudah mengendalikan segmen pagi, jadi selepas itu ada masa terluang untuk merencana kerja lain. “Sebenarnya saya begitu rindu dengan bidang lakonan, apatah lagi watak yang banyak membabitkan jiwa dan bermain dengan air mata.

“Walaupun berat, namun saya ingin mencabar diri untuk melakonkan watak sebegitu. Lama rasanya tidak sibuk di lokasi penggambaran dan saya rindu detik itu,” katanya. “Filem itu bajet besar atau tidak bukan dasar untuk saya pilih sesuatu tawaran. Asalkan saya tahu watak yang ditawarkan itu menarik untuk dilakonkan, saya akan terima. Begitu juga jalan cerita untuk sesebuah filem kerana di situ letaknya kekuatan sebuah filem,” katanya.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki Allah berikan. Pada usia sekarang, saya masih mendapat tempat dan menjadi pilihan. Paling penting, mereka memberi kepercayaan untuk saya buat. “Saya menganggap semua ini adalah peluang keemasan yang tidak akan datang selalu. Kalau saya tak ambil sekarang, belum tentu dapat lagi. Jadi, saya kena ambil dan beri ruang kepada diri untuk buktikan kemampuan.

“Menjadi pengacara dan penyampai radio cukup asing buat saya. Tidak pernah terfikir pun selama ini untuk menggalas tanggungjawab itu. Macam dikatakan tadi, ini adalah rezeki bukan tamak,” katanya. “Tidak dinafikan, biarpun pada awalnya saya ‘bergelut’ sebab nak kena belajar benda baharu, lama-kelamaan saya rasa seronok. “Kebetulan, saya dipertemukan dengan pasukan yang bagus, jadi semuanya mudah. Semangat nak bekerja lebih lagi dan kerjasama kami berjalan lancar,” katanya.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *