Connect with us

Hiburan

Pada awalnya saya bergelut..’ Siti Elizad Rindu Pada ‘Cinta’ Utamanya Buat Luahan Tentang Apa Dilaluinya

Published

on

Nama Siti Elizad semakin kukuh sebagai pelak0n serba boleh. Mencuba nasib sebagai pengacara, Elizad turut mencabar diri berjinak jinak sebagai penyampai radi0, namun tidak mungkin mengetepikan cinta utamanya iaitu lak0nan.

Biarpun sibuk merencana kerjaya seninya, jauh di sudut hati, Elizad mahu kembali aktif dalam bidang lak0nan.

“Sebelum ini saya sibuk di k0nti kerana tugas sebagai penyampai radi0. Namun, memandangkan saya kini sudah mengendalikan segmen pagi, jadi selepas itu ada masa terluang untuk merencana kerja lain.

Sebenarnya saya begitu rindu dengan bidang lak0nan, apatah lagi watak yang banyak membabitkan jiwa dan bermain dengan air mata.

“Walaupun berat, namun saya ingin mencabar diri untuk melakonkan watak sebegitu. Lama rasanya tidak sibuk di lokasi penggambaran dan saya rindu detik itu,” katanya.

Filem itu bajet besar atau tidak bukan dasar untuk saya pilih sesuatu tawaran. Asal.kan saya tahu watak yang ditawarkan itu menarik untuk dilak0nkan, saya akan terima. Begitu juga jalan cerita untuk sesebuah filem kerana di situ letaknya kekuatan sebuah filem,” katanya.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki Allah berikan. Pada usia sekarang, saya masih mendapat tempat dan menjadi pilihan. Paling penting, mereka memberi kepercayaan untuk saya buat.

“Saya menganggap semua ini adalah peluang keemasan yang tidak akan datang selalu.

Kalau saya tak ambil sekarang, belum tentu dapat lagi. Jadi, saya kena ambil dan beri ruang kepada diri untuk buktikan kemampuan.

“Menjadi pengacara dan penyampai radi0 cukup asing buat saya. Tidak pernah terfikir pun selama ini untuk menggalas tanggungjawab itu.Macam dikatakan tadi, ini adalah rezeki bukan tamak,” katanya.

“Tidak dinafikan, biarpun pada awalnya saya ‘bergelvt’ sebab nak kena belajar benda baharu, lama-kelamaan saya rasa seronok.

“Kebetulan, saya dipertemukan dengan pasukan yang bagus, jadi semuanya mudah.Semangat nak bekerja lebih lagi dan kerjasama kami berjalan lancar,” katanya.

Siti Elizad ‘tarik nafas’ tengok gambar-gambar lama, akui bukan mudah istiqamah tutup aurat

Lebih setahun membuat keputusan untuk bertudung, pelakon Siti Elizad berharap peminat mendoakan dirinya untuk terus kekal istiqamah.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, meskipun ada kala imannya turun naik namun dia terus berdoa dan berharap agar Allah tidak membolak balikkan hatinya untuk kekal bertudung.

“Kadang-kadang bila tengok orang mula kepuk-kepuk rambut tu saya pun turun naik iman tu, tengok gambar saya yang lama-lama macam aih.

“Minta-minta Allah tidak bolak-balik hati saya dan kekalkan saya bertudung macam ini.

”Saya tak baca komen-komen pakai macam ini… tapi itu nampak ini nampak, slowly but surely InsyaAllah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

SUMBER:HMETR0/M.star

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku” – Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Published

on

By

Baru-baru ini, tular video di laman Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai konflik di antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Menurut Mira ataupun nama sebenar Amirah Firdaus, tidak semua yang didedahkan oleh isteri usahawan tersebut adalah benar dan dia juga mempunyai cerita tersendiri, namun pilih untuk tidak memberitahu kepada umum.

Sewaktu netizen mendakwa dirinya adalah skandal View Chin, Mira membetulkan individu tersebut dengan berkata bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.

Dalam pada masa yang sama, Mira bertanya kepada netizen sama ada sudah memohon maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menabur fitnah.

Bahkan, wanita tersebut turut bertegas bahawa dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mula menjalinkan hubungan dengan View Chin setelah lelaki itu berpisah dengan isterinya.

Sekadar info, nama Mira mula menjadi sasaran kecaman netizen setelah didakwa menganggu rumah tangga View Chin dan melakukan hal terkutuk dengan influencer tersebut.

Sumber:Beautifulnara

Continue Reading

Hiburan

Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Published

on

By

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.

Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjaga kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.

Maduku bukan madumu

Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya di sebuah lorong kecil sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.

Semoga sentiasa bahagia selalu!

Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Sumber: TikTok @Adira Suhaimi

Continue Reading

Hiburan

(VIDEO) Jumpa Jejaka Dari Aplikasi ‘Dating’, Qistina Raisah Dikritik – “Kau Kecik Lagi Dah Gatal!”

Published

on

By

Pelakon remaja, Qistina Raisah menceritakan bahawa dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.

Enggan terus kecewa, pelakon berusia 14 tahun itu kemudiannya meluahkan rasa teruja apabila dia telah berjumpa dengan seorang jejaka baharu melalui aplikasi ‘dating’.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat meluangkan masa bersama jejaka berkenaan.So, ni first meet kitorang. Jom teman I jumpa dia, pergi beraya!

Bukan itu sahaja, pelakon drama Papa Ricky itu turut memaparkan momen-momen manis sepanjang perkenalannya dengan jejaka berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai memandangkan Qistina baru berusia 14 tahun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila wajah jejaka berkenaan seperti sudah berusia 20an dan jauh lebih tua berbandingnya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati Qistina agar berhati-hati kerana usianya masih muda dan masih belum sesuai untuk memikirkan soal cinta.

Sumber:Beatifulnara

Continue Reading

Trending