Selepas dedah wajah Bilal, Neelofa tenang bercuti di Langkawi

Sebelum ini, selebriti dan usahawan terkenal,Noor Neelofa memaklumkan dia akan membawa anak lelakinya Muhammad Bilal pergi bercuti buat kali pertama ke sebuah lokasi.

Terbaharu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @im fatin di laman TikToknya, kelihatan selebriti itu bersama suami dan anaknya berada di Langkawi untuk mengisi masa lapang dan menikmati percutian mereka di sana.

Dalam video itu, kelihatan Neelofa ditegur oleh peminatnya ketika sedang mendukung putera kesayangannya itu ternyata meraih perhatian orang yang berada pada ketika itu.

Wah Neelofa datang bercuti di Langkawi lah! Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu dan bulatnya!”, ujar pemilik video

Comelnya Bilal!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat Neelofa dan keluarga bercuti dengan tenang selepas menunjukkan wajah anaknya itu kepada umum, baru-baru ini.

Senget-senget dah umi dukung Bilal

Bukan itu sahaja, ramai yang terhibur apabila melihat keadaan badan Neelofa yang agak senget apabila mendukung anaknya itu.

Sumber:OMM

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *