‘Rasanya Sudah Lama Kes Disi4sat, Apa Sudah jadi?’ – Puteri Sarah Tunggu Keputusan Jawi

Pelakon Puteri Sarah Liyana masih menunggu hasil siasatan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat olehnya terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Masih menunggu perkembangan

Menurut pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia berharap agar pihak Jawi dapat memberi maklum balas mengenai aduan yang dibuat olehnya itu supaya segala persoalan terjawab.

Sehingga sekarang saya pun masih tak tahu apa status dan perkembangan aduan saya itu. Ini kerana pihak Jawi sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas. Cuma, apa saya tahu mereka sudah memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Selepas itu senyap dah.

Ujarnya lagi, ia bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara berkenaan dan merasakan kes tersebut disiasat terlalu lama.

Saya pun tak tahu nak jawab apa, sebab yang menjalankan kerja adalah mereka. Sebagai pengadu saya hanya boleh tunggu dan lihat.

Cuma, apabila fikir balik, rasanya sudah agak lama kes ini disiasat, jadi saya tertanya-tanya juga apa sudah jadi? Sudah ada keputusan belum? Atau macam mana?

Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jawi pada 18 Ogos lalu untuk membantu siasatan susulan tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah. Pada 20 Ogos, Ira telah hadir memberi keterangan berhubung menjadi orang ketiga yang mengganggu rumah tangga pasangan selebriti terbabit.

Difahamkan, Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa kepada menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajiapan.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *