Apa hukvm amang seksv4l? PU & ustazah online tak nak ulas ke?” -Baby Shima

Isu seorang pendakwah yang didakwa atas 5 pertuduhan melakukan amang seksual kepada 2 orang remaja lelaki bawah umur telah mendapat sorotan ramai.

Mana tidaknya, pendakwah yang juga seorang pelakon terkenal itu sering menjadi rujukan kepada para remaja dan juga rakan artis kerana memberikan penjelasan berkenaan agama secara santai serta mudah difahami.

Tanya apa hukum amang seksual

Disebabkan itu, selebriti yang kerap dikaitkan dengan kontroversi, Baby Shima telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila golongan agamawan di Malaysia dikatakan tidak pula menegur apa yang telah dilakukan oleh pendakwah tersebut.

Menerusi Insta Story Shima, dia memberi pertanyaan apakah hukum amang seksual dan berharap supaya pencetus ummah (PU) dan ustazah online untuk mengulas isu tersebut.

Takde yang nak ulas ke?

Dalam pada itu, penyanyi dangdut berkenaan juga sempat menyertakan satu tangkapan layar berkenaan gosip seorang artis popular yang dikatakan terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur.

Dia juga telah meminta agar pendakwah online untuk mengulas isu terbabit dan sempat mengeluarkan sindiran dengan beranggapan bahawa mungkin ia tidak menjadi perhatian kerana mereka memilih dalam menegur seseorang.

Terdahulu, Baby Shima kerap menjadi sorotan beberapa pendakwah apabila ditegur secara terbuka di media sosial berikutan penampilannya yang menjolok mata.

Disebabkan itu, dia kerap menerima kecaman netizen sehingga mendapat pelbagai gelaran yang tidak patut sehingga mengguris perasaannya.

Sumber:omm

About admin

Check Also

Baru Je Selesai Masyuarat, Akhirnya BN Telah Buat Keputusan Ini

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *