‘Apa-Apa Pun Yang Hendak Dilakukan, Lakukanlah Dengan Akhlak’ – PU Riz

Semalam, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa telah mendedahkan wajah anak lelakinya di media sosial. Perkongsian yang dilakukan oleh Neelofa itu sekaligus menghentikan segala spekulasi dan teka-teki yang bermain di dalam fikiran netizen.

Terbaru, PU Riz dilihat memuat naik sebuah posting mengenai ‘akhlak’ di Instagram Story miliknya. Posting tersebut didakwa ditujukan kepada netizen yang bercakap ‘buruk’ mengenai anaknya itu.

Lakukanlah dengan akhlak

Apa-apa pun yang hendak dilakukan, lakukanlah dengan akhlak. Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak. Jaga diri jaga mulut ini semoga Allah beri kebaikan di dalam hidup kita. InsyAllah. Amin.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, sebagai seorang manusia yang beragama Islam, menjaga akhlak merupakan perkara yang sangat penting. Oleh itu, dia berharap setiap orang dapat menjaga diri dan mulut agar memperoleh kebaikan di dalam kehidupan sentiasa. Menerusi posting berkenaan, rata-rata netizen berpendapat PU Riz mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Ini kerana, isu wajah anaknya hangat diperkatakan sejak belakangan ini.

Terdahulu, Neelofa akui sedih dan tersinggung dengan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum. Tegas usahawan berumur 33 tahun itu, perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami. Bukan itu sahaja, individu terbabit didakwa telah menyunting foto Bilal sebelum disebarkan di media sosial. Tambah Neelofa lagi, akibat perbuatan tersebut, pelbagai fitnah dan komen negatif telah dilemparkan kepada anak lelakinya itu.

Sumber: PU Riz

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *