Banyak lagi yg belum langsai dgn ayah..”- Nabil Luah Pada Lisa Surihani Pemergian Bapa

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad gagal menahan kesedihannya ketika siaran langsung program Meletop semalam apabila mengenangkan kembali arwah ayahnya  yang telah meninggal dunia pada 7 Oktober lalu akibat komplikasi jantung.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @syakila amira di laman TikToknya, Nabil menjadi hos Meletop bersama selebriti jemputan, Lisa Surihani.Menerusi video yang dimuat naik oleh @Meletop di laman YouTubenya, Nabil berkongsi detik akhir dimana arwah ayahnya sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, dia luah rasa syukur apabila insan tersayangnya itu pergi meninggalkan dunia pada hari yang sangat mulia dan berdekatan dengan Hari Maulidur Rasul.Netizen memahami perasaan Nabil

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak atas pemergian arwah ayah pengacara yang berusia 39 tahun itu dan memahami perasaan kehilangan yang dialaminya sekarang.

Semoga terus tabah Nabil!Malah, mereka juga mendoakan agar Nabil dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan yang menimpa dan redha dengan takdir yang Allah tetapkan. Sumber: OMM

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *