Produksi culas buat bayaran, Wan Maimunah terpaksa ‘mengemis’ dapat hak sebagai pelak0n

PELAKON Wan Maimunah mendedahkan tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan meskipun merasakan dia layak mendapat lebih daripada apa diberikan pihak produksi.

Tidak hanya itu, Wan Maimunah, 65, berkata, ada segelintir produksi turut bersikap culas membuat pembayaran sehingga adakalanya dia terpaksa ‘menggemis’ bagi mendapatkan haknya sebagai pelakon.

“Biasanya ibu (panggilan Wan Maimunah) memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa tetapi itu pun ada yang liat hendak bayar sampai terpaksa meminta-minta.

“Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.

“Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah,” katanya kepada mStar.

Tidak menyalahkan pihak produksi seratus peratus, Wan Maimunah bagaimanapun merayu agar penerbit lebih peka dan turun padang bagi mengambil tahu tentang perjalanan sesebuah projek agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Pun begitu kata Wan Maimunah, dia sudah memaafkan dan menghalalkan semua pihak yang belum melunaskan bayaran kepadanya sebelum ini.

“Ibu merayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya.

“Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tidak mahu buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Maimunah akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi bagi mengerjakan ibadah umrah atas tajaan seorang individu yang tidak mahu dikenali.

Pelakon itu yang teruja bakal berangkat ke Makkah memberitahu dia bersyukur kerana ada pihak bermurah hati menajanya dan berharap dapat melakukan ibadah dengan baik sepanjang berada di sana.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *