Asyik Membawang Dgn Jiran Sebelah Sampai Terlupa Nak Masak, Suami Pot0ng Teling4 Isteri S4mpai Putvs

Gara-gara tidak menyediakan makanan, seorang lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya dalam kejadian yang pada Isnin lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai keced3raan p4rah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada isterinya.

Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.

Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha suspek.

Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan dikerat.

Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di rumah salah seorang penduduk.

Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagian telinga mangsa yang dipotong dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Hasdi mengakui dia menyesal dengan apa yang telah berlaku dan merasakan dirinya dirasuk ketika kejadian itu.

” Saya menyesal dengan perbuatan saya walaupun pada awalnya saya hanya mengancam dia tetapi disebabkan dia melawan dan mungkin saya telah dirasuk sy4itan maka saya terpaksa melakukan tindakan itu,” katanya.

Keadaan mangsa stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, mangsa masih mengalami trauma.

Suspek kini disoalsiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan dengan akta keganasan rumah tangga serta berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.

Menurut Hasdi lagi, beliau sebelum itu telah ditendang isterinya selepas memberi amaran.

” Saya sudah beri dia amaran untuk tidak mengulangi perbuatannya namun dia sebaliknya menendang paha saya,” ujar Hasdi pada Rabu (24/6/2020).

” Saya kemudian menarik telinganya, lalu saya potong,” katanya lagi.

Hasdi mengatakan, batang buluh yang dia gunakan diambil dari dinding di bawah atap rumbia rumahnya.

” Benda itu saya ambil ketika sedang bertengkar, memang sudah lama di tempat itu, saya pun tak tahu apa kegunaannya,” ujar Baco.

Setelah melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Hasdi mengaku dia akhirnya menyesal.

Sementara itu, ketua polis Larompong, Iptu Syarif Sikati mengatakan, ketika ditangkap pelaku telah menyerahkan telinga mangsa yang dipotong dan batang buluh yang diruncing seperti mata pisau kecil dan tajam.

 

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *