Roslan Shah Dltahan Di Imlgresen Luar Negara, Tak Sangka Ini Punca Sehingga Dibawa Ke Bilik Slasatan

Menceritakan kejadian itu, Roslan, 49, berkata, insiden itu berpunca selepas dia rancak berbual dengan salah seorang staf wanita di kaunter daftar masuk lapangan terbang itu sebelum ditahan selama 30 minit oleh seorang pegawai untuk disoal siasat.”Saya inikan peramah orangnya… apabila di kaunter tersebut saya hanya berbual dengan staf bertugas dan minta dia mengikuti Instagram saya.

“Tak sangka perbuatan tersebut dapat dilihat menerusi CCTV sebelum tiba-tiba datang seorang pegawai dan terus bawa saya ke sebuah bilik untuk disoal siasat.”Pegawai itu tanya kenapa saya menunjukkan telefon kepada kakitangan bertugas itu… pasport saya juga diperiksa. Rasanya dalam 30 minit juga saya ditahan,” katanya kepada mStar.Roslan turut memberitahu ketika disapa pegawai berkenaan untuk ditahan,

dia mengakui berasa cemas kerana tidak tahu apa akan berlaku selain bimbang akan terlepas penerbangan pulang ke Malaysia. “Ketika itu rasa cemas Allah sahaja yang tahu. Saya sentiasa berdoa dan berselawat supaya urusan dipermudahkan dan tidak terlepas penerbangan.”Apa yang berlaku menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati,” ujarnya.Pengacara berasal dari Singapura ini juga bersyukur doa untuk bertemu Allahyarham ibunya dalam mimpi dimakbulkan Allah meskipun hanya seketika.

“Sejak awal menjejakkan kaki di sana, saya sudah berniat untuk memberi fokus kepada ibadah. Jadi memang banyak habiskan masa di masjid. Hati saya sangat tenang sepanjang berada di Tanah Suci.”Salah satu doa saya di hadapan Kaabah adalah ingin bertemu arwah ibu dalam mimpi. Syukur Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya lihat ibu tersenyum sahaja,” ujarnya.Sementara itu, Roslan berkata, perjalanan umrah ini juga banyak mengajarnya erti

kesabaran dan tidak mudah melenting apabila berdepan pelbagai kecaman netizen terhadapnya.Sepanjang berada di sana juga, Roslan banyak memanjatkan doa untuk kesejahteraan diri dan rakan-rakan terdekat.”Sekarang ini kalau ada yang bercakap buruk, saya biarkan sahaja. Saya lebih tahu erti sabar dan tenang.”Ketika di sana, saya juga sentiasa berdoa untuk rakan-rakan supaya sentiasa dimurahkan rezeki. Insya Allah itu antara salah satu perkara yang saya buat untuk balas jaas baik semua orang,” ujarnya.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *