Kata mengaku ‘Imam Mahadi’ tapi cabut lari, penakut – Idris

Bukit Gantang: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini giat mengesan pemimpin Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang dikatakan melarikan diri dengan meninggalkan beberapa pengikutnya di Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya difahamkan pemimpin yang mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ sudah pulang ke negara ini namun tidak diketahui tarikh sebenarnya.

“Difahamkan dia pulang dan usaha mencarinya kini sedang giat dijalankan.

“Jakim juga sudah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (Jheains) berhubung perkara itu namun setakat ini keberadaan pemimpin itu masih gagal dikesan.

“Kata mengaku ‘Imam Mahadi’ tapi cabut lari, penakut rupanya,” katanya selepas Program Santai Anak Muda di Simpang, Taiping disini hari ini.

Menurutnya, sekiranya dapat dikesan dan ditahan, tindakan tegas akan diambil ke atasnya supaya ajaran yang disebarkan dapat dihentikan segera.

Mengulas mengenai 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu, Idris memberi jaminan, mereka akan dapat kembali ke Malaysia dalam tempoh yang terdekat.

“Usaha membawa pulang mereka sedang dijalankan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di sana.

“Keluarga tidak perlu bimbang mengenai kos kerana ia akan ditanggung kerajaan,” katanya

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan 63 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Semua Jemaah terbabit dibawa ke Madinah oleh Kumpulan Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah pada Mac lalu, namun mereka tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

Sumber:HM

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *