D4kwa keturunan Nabi, JAIS batalkan program Maulid libatkan individv ini

Baru-baru ini, tular seorang individu mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad hadir ke negara ini bagi menyampaikan ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Bagaimanapun, difahamkan program individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Malah, nasab keturunan individu berkenaan turun mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak mereka tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri oleh individu terbabit.

“Kita telah menghantar surat kepada pihak pengurusan dewan mengenai arahan larangan atau tidak membenarkan program tersebut. 

“Tambahan, penceramah yang dijangka turut serta dalam program itu tidak mempunyai pentauliahan dari JAIS,” ulassnya.

Tambahnya, berdasarkan Peraturan 10(c), Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Tauliah Khas boleh dikeluarkan kepada individu bukan warganegara yang dijemput khas oleh kerajaan ne­geri, jabatan atau agensinya memberi ceramah umum berhubung de­ngan apa-apa aspek agama Islam dalam program tertentu.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed,mahu masyarakat mengamalkan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) terhadap setiap berita berkait keturunan nabi perlulah dari sumber yang tepat, sahih serta boleh dipercayai.

Sementara itu, pihak Darul Uloom Al Mustafa tampil menjelaskan keturunan individu terbabit sekaligus menjawab fitnah tentang Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani.

Dan, diharapkan agar penganjur memohon kebenaran daripada pihak berkuasa agama terlebih dahulu terutama melibatkan latar belakang seseorang.

Setakat ini, program beliau di Dewan Budaya, USM telah berlangsung seperti biasa pada 3 Oktober lalu.

Sumber: Facebook Darul Uloom Al MustafaKosmo! (Mohd Yunus Yakkub, Ahmad Shaherman Shamsuri Dan Noor Hasliza Nusi)

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *