Reda Dijemput Ilahi Ketika Umrah, Permintaan Wan Maimunah Sepanjang Di Makkah Buat Ramai Seb4k

Reda Dijemput Ilahi Ketika Umrah, Permintaan Wan Maimunah Sepanjang Di Makkah Buat Ramai Seb4k

Berpeluang mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua Disember ini, pelakon Wan Maimunah tidak mampu menahan air m4ta apabila ada pihak ingin menaja pemergiannya ke Tanah Suci.

Wan Maimunah berkata, pemergian ke Makkah kelak adalah tajaan seorang hamba Allah yang enggan mended4hkan identitinya dan cukup gembira apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Individu itu memaklumkan bahawa ada hamba Allah yang ingin menaja saya menunaikan umrah dan dia bertanya sama ada saya mahu atau tidak. Siapa yang tak mahukan?

“Saya terus men4ngis apabila mendapat perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci nanti,” katanya kepada mStar.

Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem berjudul D0sa Tak Terampun di Kuang, Selangor pada Khamis.

Wan Maimunah tak sabar nak ke Tanah Suci Disember ini.

Dalam pada itu, Wan Maimunah turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pihak sebelum berangkat ke Makkah kerana tidak pasti sama ada umurnya masih panjang.

Katanya, dia juga reda jika hayat hidupnya berakhir di Tanah Suci kerana itu semua adalah kehendak-Nya.

“Andai kata Allah ambil semula hak-Nya dan saya tak kembali lagi ke sini, saya reda. Ini semua adalah kehendak-Nya.

“Saya mohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci. Halalkan segala makan minum saya. Saya juga maafkan apa sahaja salah silap orang terhadap diri saya,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan ke Makkah, Wan Maimunah berkata, dia menyimpan hasrat memakai pakaian berwarna putih sepanjang di sana kelak.

Kali ini saya nak buat persalinan semuanya berwarna putih. Sebelum ini ada juga saya pakai baju warna lain ketika mengerjakan ibadah di sana.

“Kenapa tidak boleh beli baju baru untuk ke umrah sedangkan kalau sambut hari raya atau pergi kenduri kita boleh sahaja beli baju baru… inikan pula nak pergi beribadah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap tentang lakonan dalam drama D0sa Tak Terampun, Wan Maimunah memberitahu dia sanggup menanggung kes4kitan demi mendalami wataknya.

“Kenapa tidak boleh beli baju baru untuk ke umrah sedangkan jika kita sambuat hari raya atau mahu pergi kenduri boleh sahaja berbuat demikian. Inikan pula untuk pergi beribadah,” katanya.

Sementara itu bercakap tentang lakonannya dalam drama tersebut, Wan sanggup bersusah payah menanggung s4kit demi mendalami watak.

Wan Maimunah mahu mengenakan persalinan putih sepanjang di Tanah Suci.

Sebagai pelakon berpengalaman, Wan Maimunmah berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk merasai keperitan watak diberikan pengarah.

“Saya letak batu pada tapak kaki supaya pergerakan dan kesakitan yang saya rasa itu konsisten sepanjang berlakon. Kalau tak buat begitu mungkin kita akan lupa dan perjalanan watak nampak tidak sama.

“Sakit memang sakit tapi demi menjiwai watak saya tidak kisah,” jelasnya.

Komen netizen:

Sumber: mstar.com.my

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *