Pernah Bergelar Suami Vanidah Imran, Kemvrungan Selepas Ceral. Tak Sangka Begini Kehidupan Rashidi Ishak

Pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah keluar bersama dengan beberapa orang wanita dengan niat untuk mengenali hati budi dan mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga aktres, Vanidah Imran.Rashidi, 48, ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini berkata, selepas bercerai, dia pernah keluar dengan beberapa orang wanita untuk mencari pengganti (calon isteri), namun tidak berakhir seperti apa yang diharapkan.

“Sejujurnya saya pernah keluar dengan beberapa wanita selepas bercerai. Tapi agaknya ketika itu saya dalam fasa memerlukan seorang pengganti (isteri). “Saya rasa perlu tunjuk kepada orang saya masih menarik, masih laku dan kacak. Tapi akhirnya saya sedar bukan itu yang saya mahukan,” ujarnya.Kata pelakon filem Seri Dewi Malam itu, usia perkahwinan yang dibina selama 17 tahun bersama Vanidah sebelum

masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah bukan suatu perkara yang mudah untuk dilupakan dan mencari pengganti dengan segera. “Untuk berkahwin lagi, saya rasa belum lagi waktunya. Ketika ini saya tidak fikir langsung untuk ada komitmen sebegitu (berkahwin).“Saya, sesiapa sahaja yang melalui fasa bercerai, akan timbul perasaan untuk mencari seseorang dalam hati sebagai pengganti,” jelasnya.

Bagaimanapun, Rashidi tidak menolak seandainya kembali bertemu jodoh suatu hari nanti dan sentiasa terbuka tentang perkara tersebut.“Saya sentiasa terbuka jika dipertemukan jodoh. Cuma saya tidaklah mencari. Biarlah jodoh itu datang sendiri. Setakat hari ini saya masih solo. Bahkan hubungan saya dengan bekas isteri juga baik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran siri Hantu Raya Pergi Perang oleh aplikasi penstriman hiburan, Sooka baru-baru ini.

Pada usia 48 tahun, bapa kepada dua orang cahaya mata itu lebih selesa memberi fokus sepenuhnya terhadap kerja berbanding komitmen cinta.Untuk bercinta, saya bimbang tidak dapat penuhi komitmen terutama daripada segi masa. Dalam fasa sekarang, saya lebih suka duduk di rumah.“Saya lebih seronok bekerja,” jelasnya.Sekadar info, Rashidi dan Vanidah, 48, mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *