Kerajaan Telah Umumkan Bajet 2023. Ini Beberapa Perkara Yg Kerajaan Akan Beri Dan Satu Berita Baik Untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BAJET 2023 yang dibentangkan hari ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Seperti tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi tampil membentangkan Bajet 2023, pada pukul 4 petang, Jumaat.

Dia dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan pada 2.30 petang menuju ke Parlimen bagi pembentangan itu.

Tengku Zafrul menggayakan baju Melayu rona biru sambil memegang erat sebuah beg sampul hitam, dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Berikut merupakan intipati Bajet 2023:

– Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus.

– Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

– RM6.7 bilion peruntukan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET, melalui Majlis TVET Negara.

– RM3.8 bilion peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.

– RM1.2 bilion peruntukan untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif khususnya di Sabah & Sarawak.

– RM1.1 bilion peruntukan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus diperuntukkan untuk pelajar.

– RM777 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi memastikan murid-murid mendapat kandungan khasiat harian, memanfaatkan seramai 800 ribu murid.

– RM825 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

– RM55.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan, peruntukan yang terbesar di Bajet 2023 berbanding tahun ini, RM52.6 bilion.

– Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.

– RM150 juta peruntukan Insentif Penggajian di bawah PERKESO, sebanyak RM600-RM750 sebulan, untuk tempoh 3 bulan bagi golongan rentan.

– RM200 juta peruntukan menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.

– RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

story on e wallet

Bajet 2023 memperuntukkan kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun.

– RM400 juta program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

– RM305 juta peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.

– RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

– RM3,000 pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.

– Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.

– RM235 juta peruntukan bagi dana pembiayaan untuk usahawan wanita.

– RM11 juta untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

– Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

– Pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2 mata peratusan.

Bajet kali ini turut menawarkan subsisi bil eletrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.

– RM1 bilion untuk program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

– Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500 pada 2022.

– Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 untuk keluarga dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500 yang menampung lima anak atau lebih.

– Bagi isi rumah sehingga empat orang pula, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

– Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000, layak terima BKM antara RM500 sehingga RM1,250, bergantung pada bilangan anak.

– BKM RM600 untuk warga emas dan RM350 untuk bujang.

– Subsisi bil eletrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih

– Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM2.5 bilion untuk 450,000 isi rumah.

Sumber : MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *