-Iffa Razlah Terlma Gelaran ‘D4tuk’ Darl Perak. Sekali Indvldu Ini ‘Check’ Tiada Pula Dlm Senaral?

TUJUH tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas. Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran

untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut. “Sebab dah lama dah… daripada tahun 2016, saya terima gelaran itu dari Perak. Waktu itu memang dah keluar ura-ura mengenai perkara itu cuma saya tidak mahu menggunakan gelaran itu. “Saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah… saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa nak kenal.

“Jadi, sekarang tetap gunakan nama pentas ‘Ifa Raziah’. Bagi saya, tak ke mana pun pangkat ini sebab kita sama saja. Lagi susah saya nak minta tajaan,” Nampaknya, nama selebriti Ifa Raziah tidak lekang dengan kontroversi. Ada sahaja cerita baru yang melibatkan dirinya sejak dia menyertai program Terpaling Juara di TV3.  Kali ini, satu perkongsian di TikTok telah ‘memetik’ nama seorang lagi selebriti iaitu Ifa Raziah apabila dimaklumkan turut mempunyai gelaran berkenaan yang diterima pada tahun 2016 dari negeri Perak.

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @putihshushu, dia telah melayari laman web istiadat.gov.my yang mana ia adalah laman sesawang untuk memeriksa gelaran yang diberi kepada individu berkelayakkan. Dari apa yang dikongsikan, dia mendakwa bahawa nama selebriti itu tidak ada di dalam sistem.

Walau bagaimanapun, pengguna TikTok berkenaan memuji Ifa yang tidak pernah menggunakan gelaran tersebut dan tetap dengan namanya ‘Ifa Raziah’.

About admin

Check Also

Baru Je Selesai Masyuarat, Akhirnya BN Telah Buat Keputusan Ini

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *