Alami k0mplik4si jantvng, bapa Nabil Ahmad menlngg4l dunia

Bapa kepada pengacara popular, Ahmad Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail dikhabarkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi di Hospital Serdang disebabkan kompilasi jantung.

Dah seminggu di hospital

Menerusi laporan dari Mstar, allahyarham yang berusia 71 tahun telah dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu disebabkan kondisi kesihatannya yang kurang baik.

Perkara tersebut disampaikan oleh pengurus Nabil apabila menyatakan sebelum ini allahyarham dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.
Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk. “Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah” katanya.

Difahamkan, Nabil kini berada di hospital bagi urusan pengurusan jenazah. Dari makluman pihak pengacara tersebut, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

Sumber: Mstar (Farol Hadi)

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *