Nikahi Ahli Perniagaan, Tak Diizinkn Berlakon Lagi, 7 Thun Berlalu, Tak Sangka Begini Kehidupan Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya, 32, akur apabila suaminya yang juga ahli perniagaan, Romie Razin, tidak mengizinkannya untuk kembali ke dunia lakonan.Hanez yang kali terakhir berlakon dalam drama Love You Mr Arrogant empat tahun lalu bagaimanapun cuba memujuk dengan harapan suaminya berubah fikiran tetapi dia tetap dengan pendiriannya. “Tak ada apa yang perlu dikesalkan tetapi tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula.

Namun sebagai isteri apa yang paling penting sekarang adalah patuh perintah suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian. Apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.”Walaupun tak berlakon, tetapi suami mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung sendiri yang dijual secara online dan mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Awalnya, Hanez kurang yakin untuk memulakan perniagaan itu kerana bimbang mendapat maklum balas buruk daripada pengguna gara-gara dia dihentam dan dikritik teruk  peminat dua tahun lalu apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Romie bersama isteri pertama dulu. Hanez yang berkahwin pada 25 Mac 2015 mengakui semakin bahagia bersama suami dan anak sulung mereka Puteri Aleesya yang kini berusia setahun dua bulan.

“Sejak tak berlakon masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumahtetapi sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu,” katanya.Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin rumah tangga Hanez dan suami berantakan. “Saya pun pelik macam mana cerita itu boleh timbul. Apatah lagi terlalu banyak cerita yang ditokok tambah.

Ketika cerita itu tersebar saya dan suami okey saja. Tapi apabila pelbagai spekulasi timbul membuatkan perkara itu menjadi rumit.”Suami bukan orang industri jadi dia jenis yang mudah terpengaruh dengan cerita yang disampaikan. Disebabkan itu saya perlu menjelaskannya satu persatu sehingga dia faham. Apa yang paling penting saya meminta agar dia tak mudah percaya,” katanya.

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *