Janji tak pukvl bini” -Tegur vokalis atas pentas, netiz3n ungkit hal perib4di Awie

Baru-baru ini, vokalis kumpulan lagenda, Wings, Dato’ Awie ada menegur seorang penyanyi yang juga vokalis sebuah band yang dikatakan meludah ke arah penonton sewaktu mengadakan persembahan di sebuah konsert.

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai memandangkan beliau mengatakan tindakan seperti itu bukanlah ciri seorang rocker tetapi menyamakan dengan perangai beruk.

Ungkit kes pukul bekas isteri

Kenyataan daripada Awie telah menuai pelbagai respon dari netizen dan kebanyakan mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Namun begitu, ada juga yang kurang senang dengan pendapatnya dan mengaitkan dengan kisah silam vokalis berkenaan yang pernah terpalit isu memukul bekas isteri.

Bagi nasihat yang baik2 tu terima jela

Ciapan tersebut telah dibuat oleh netizen di Twitter selepas tular kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Wings itu.

Sedangkan, apa yang disampaikan oleh juri Muzikal Lawak Superstar itu adalah demi kebaikan semua penyanyi dengan memberikan nasihat supaya menjaga adab kepada peminat yang hadir menyaksikan persembahan selebriti kegemaran mereka.

Ciapan dah dipadam

Walau bagaimanapun, ciapan tersebut telah dipadam oleh pengguna Twitter berkenaan selepas mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Kebanyakan daripadanya merasakan tidak adil melakukan perbandingan antara isu peribadi dengan persembahan yang kurang adab seperti yang terjadi tempoh hari.

Terdahulu, Awie telah mengulas isu video yang tular berkenaan persembahan seorang vokalis yang dilihat meludah ke arah penonton. Beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti beruk dan bukanlah rocker sebenar.

Beliau juga turut menitipkan pesan supaya para penyanyi agar tidak membawa emosi dan masalah peribadi ke atas pentas kerana boleh mencetuskan isu negatif seperti yang telah terjadi.

Sumber: Twitter

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *