Tiga Wanita Bertudvng Buat Muka Terkejvt Ketika Tunjuk IC. Bila Siasat, Sekali Kant0i Identiti Sebenar Mereka

Tindakan pantas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang berjaya menghidu taktik digunakan tiga orang wanita berjaya membongkar identiti sebenar mereka.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam 7.30 malam tadi, anggota membuat rondaan di sekitar pangkalan haram Sotar, Bakong, di sini, sebelum ternampak dua wanita menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke sempadan negara.

Menurutnya, sebaik selepas menyeberangi sungai, kedua-dua wanita itu terus menaiki kereta Proton Wira berwarna merah yang sedia menunggu di tebing sungai dan dipandu seorang lagi wanita.

” Anggota kemudian mengekori kereta terbabit serta menahan mereka yang berusia 23, 28 dan 31 tahun itu di Sekat Pintas, Gunchi, di sini dan meminta wanita terbabit mengemukakan kad pengenalan diri.

Sambil memberi reaksi agak terkejut, dua daripada tiga wanita itu menyerahkan kad pengenalan warganegara Malaysia serta lesen memandu manakala seorang lagi memberi pasport perjalanan dari Thailand.

Rupanya wanita warga Thailanda

” Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kad pengenalan, pasport dan lesen memandu yang diserahkan itu bukan hak milik mereka,” katanya.

Tindakan berani tiga wanita warga Thailand itu mengemukakan kad pengenalan dan pasport tidak sah membawa padah apabila mereka ditahan selepas dipercayai berstatus pendatang asing tanpa izin (Pati).

Azhari berkata, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan manakala kenderaan dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sksyen 26(A) Akta Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

” Semua suspek dipercayai menggunakan dokumen pengenalan diri orang lain untuk bergerak bebas di sekitar kawasan Pasir Mas bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

” Tindakan wanita terbabit adalah kesalahan besar dan PGA akan terus memperketatkan kawalan terutama bagi membanteras masalah jenayah rentas sempadan di sepanjang Sungai Golok,” katanya.

Difahamkan taktik menggunakan kad pengenalan warga tempatan menjadi modus operandi terbaharu pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand bagi membolehkan mereka bergerak bebas di negara ini seterusnya mengelakkan diri daripada dicekup anggota penguat kuasa.

 

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *