Saya takut nak cakap lebih….” gelaran Datuk palsu?, Akhirnya Fouziah Gous buat pengakuan

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menjelaskan tiada keperluan untuk membuktikan suaminya Datuk Zhafran Md Yusof mempunyai gelaran Datuk. Menurut laporan Harian Metro, Fouziah berkata suaminya mempunyai semua dokumen dan watikah dari Istana Pahang pada 2016 sebelum menghadiri istiadat pada hujung 2017.

“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih. “Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah. “Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem,” kata pelakon berusia 40 tahun itu.

Malah, pelakon drama Sara Sajeeda itu turut meminta individu yang mempertikaikan gelaran tersebut supaya menyemak dengan pihak bertanggungjawab. “Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh? “Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?

“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. “Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih,” ujarnya. Terdahulu, isu itu tercetus apabila seorang pengguna laman Facebook mendakwa gelaran suami kepada penyanyi Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Susulan daripada itu, nama suami Fouziah dan Datin Paduka Eina Azman secara tidak langsung turut terpalit dalam isu berkenaan. Sekadar rekod, Puan Nor Fouziah binti Mohd Gous merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Fouziah Gous bermula sebagai model sebelum menerjuni dunia lakonan. Dia merupakan seorang pelakon yang aktif dalam bidang lakonan terutama drama dan filem. Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Fouziah Gous, OMM.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *