Mata dah tak boleh melihat..”- Mohon Doakan Pelakon Veteran Roslan Salleh. Doktor Sahkan Ini Berlaku

Keadaan terkini pelakon veteran, Roslan Salleh (Pak Lan) yang semakin uzur. Mata dah tak boleh melihat kerana saraf matanya telah dimatikan oleh doktor. Tujuannya bagi hilangkan rasa sakit & pening kepala yang dirasai oleh Pak Lan bertahun2 lamanya akibat kKencing manis kritikal. Mohon sama2 kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan & dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan & kesabaran.

Terdahulu. Keadaan kesihatan yang tidak menentu membuatkan pelakon veteran, Roslan Salleh, 64, kini hanya berehat di rumah serta berniaga secara kecil-kecilan. Roslan ketika dihubungi berkata, dia perlu meneruskan perniagaan sambal lado, daging dendeng dan sambal hitam Pak Lan yang diusahakan selama ini bagi menampung pendapatan. “Berniaga kenalah buat. Kalau tak berniaga macam mana pula, tapi sikit-sikit sahaja lah.

Berlakon memang saya tak boleh buat dah. Badan memang kurang sihat dan tak kuat. Sekarang pun, duduk rumah sahaja ditambah masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mata saya pun sudah tak berapa nak terang. Kalau keluar berjalan, nanti tak puas nak tengok sebab penglihatan saya memang terhad. Saya juga tidak memandu lagi,” sekarang jika hendak ke mana-mana, dia perlu membawa anaknya sebagai pemandu.

Ditanya juga mengenai kerinduan terhadap lakonan, Roslan tidak menafikan, namun cukuplah rasa itu hanya disimpan dalam hati dan dia tidak terlalu memikirkannya.Pada November tahun lalu, Roslan menerusi Instagram berkongsi kisahnya yang mendapatkan rawatan di hospital.”Tahun lalu, dua kali saya dimasukkan ke hospital. Kalau rasa tak sedap badan, terus pergi buat pemeriksaan kesihatan di hospital.

“Apabila kena ambil darah tu, teruslah masuk wad sekejap. Tapi, buat masa sekarang alhamdulillah kesihatan saya baik-baik sahaja selagi jaga pemakanan dan banyakkan berehat,” katanya yang kali terakhir berlakon kira-kira empat tahun lalu.Roslan yang menghidap kencing manis, tekanan darah rendah dan beberapa penyakit lagi sejak 10 tahun lalu kini perlu bergerak menggunakan tongkat.

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *