[VIDE0] “Kalau ada terkena tempias, kami minta maaf” – Pengurus tampil perjelas insid3n Noh melvdah, renj4tan elektrlk jadi punca

SUSULAN dakwaan Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan dalam sebuah konsert pada Sabtu lalu, pengurus penyanyi itu tampil menyangkal perkara tersebut dan menjelaskan situasi sebenar.

Ahmad Ariffin Ahmad menjelaskan ludah penyanyi berkenaan tidak kena kepada penonton sebaliknya Noh meludah ke atas pentas yang kedudukannya jauh daripada peminat yang memenuhi ruang konsert.

“Dakwaan Noh meludah ke bahagian penonton adalah tidak benar. Jarak penonton dan pentas juga dipisahkan oleh besi penghadang. Jadi tak mungkin terkena penonton,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, video menyaksikan Noh meludah menjadi tular dan menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan penyanyi itu bersikap kurang ajar dan menjijikkan.

Kejadian tersebut berlaku ketika Noh membuat persembahan di Konsert Hausboom Music 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Ariffin menjelaskan tindakan Noh itu disebabkan dia terkena renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan bahagian mulutnya.

Renjatan itu katanya mungkin disebabkan peluh daripada wajahnya menitik ke atas bahagian mikrofon sebelum menyebabkan renjatan.

“Noh terasa seperti ada renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya. Bagi mengalihkan rasa sakit, Noh secara spontan meludah,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Ariffin berkata, pihaknya turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang merasa kurang senang dengan perbuatan tersebut atau terkena tempias ludah pada hari berkenaan.

“Kalau ada yang terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan.

“Kami berterima kasih sebab ramai orang prihatin dengan Noh, terus doakan untuk kebaikan Noh,” ujarnya.

 

Sumber:Mstar

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *