Terlalu penat bekerja… Maya Karin diser4ng anxi3ty di set penggambaran

PELAKON Maya Karin berkongsi pengalaman diserang anxiety atau kebimbangan melampau di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram pada pagi Selasa.

Menurut Maya, 42, dia sendiri pelik kerana kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang melakukan sebuah babak di dalam air.

“Anxiety menyerang saya lagi ketika penggambaran babak dalam air.

Saya terpaksa berehat seketika sekitar pukul 3 pagi dan mengambil oksigen. Nasib baik ada pasukan perubatan di set.

“Itu yang pelik, bukanya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air,” katanya.

Maya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Tambah Maya lagi keadaan dirinya yang kurang rehat juga dipercayai menjadi punca diserang penyakit tersebut.

Antara punca semalam adalah terlalu penat disebabkan jadual kerja yang pada di Singapura dan terus sahaja ke set penggambaran untuk melakukan babak dalam air.

“Badan dan otak saya penat. Otak saya macam ‘jem’ bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam,” ujarnya.

Maya sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu.

Sumber:Mstar

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *