Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang ditolak di atas kerusi roda nyata menimbulkan kerisauan di hati para peminat.Malah, Fad juga turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesembuhan.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Syaheera memaklumkan dia sebenarnya sudah kerap kali keluar masuk hospital disebab keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya mengalami rasa sakit yang agak teruk di bahagian perutnya dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat ketulan di bahagian tersebut.“Banyak yang dm sakit apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan penyakit berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut.“

Sakit yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada jangkitan dan cyst saiz 2cm,” tulisnya.“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge sakit tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap sakit yang kuat sangat.“Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Syaheera mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kerana bimbang sekiranya kead ketulan tersebut semakin melarat sehingga boleh menyebab kanser.“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak jadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri.

Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu kanser memang sangat bahaya sebab boleh merebak. Saya selalu berdoa yang ia bukan kanser. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” akhirinya.Menerusi video yang dikongsikan oleh Fad itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.MH

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *