[VIDEO]: “Lepas saya kudvng dia pergi, Bukan Salah Dia, Saya Yang Tak Jujur Sejak Awal…” – Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Cerai

Penyanyi, Bad Indigo akhirnya menjelaskan tentang punca penceraian bersama Ashira.
Menurut Bad, dia tidak mahu lagi ada kata-kata negatif atau pun komen melampau yang menghina bekas isterinya.

“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.

Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dicaci, dimaki, dihentam oleh netizen dalam sosial media.“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudung tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.

“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu.“Baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.

Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.
“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelasnya.

Bad mendedahkan perkata itu menerusi satu rakaman pendek yang di muat naik di akaun Instagramnya hari ini.Saksikan penjelasan penuh Bad mengenai hubungan perkahwinannya dengan Ashira. Terdahulu, Ashira teruk dikecam netizen gara bergambar dengan seorang lelaki lelaki yang difahamkan sebagai kenalan zaman remajanya.

About admin

Check Also

[VIDEO] Hadir Ke Mahkamah Beri Keterangan, Penampilan Bella Seperti ‘Elsa’ Tarik Perhatian

Kes perbicaraan penderaan seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella masih belum selesai. Bagaimanapun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *