Guna gelaran” Datuk” palsu tiada tindakan ke? “Pelakon terus membisu isu gelaran ‘Datuk palsu’ suami.. Ini pula update story Eina Azman..

Pelakon terus membisu isu gelaran ‘Datuk palsu’ suami Kuala Lumpur: Dua pelakon wanita iaitu Datin Fouziah Gous dan Datin Paduka Eina Azman terus berdiam diri untuk menjawab dakwaan ‘Datuk palsu’ yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.

Menerusi tinjauan Harian Metro di media sosial, Fouziah melalui perkongsian di Instagram Story kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya.

Manakala, Eina pula melalui Instagram Story berkongsi beberapa juadah makanan masakannya untuk hidangan sekeluarga pada hujung minggu ini. Termasuk, menikmati keenakan durian Musang King.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu itu dikaitkan netizen kepada suami penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tular dan mendapat liputan portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadatHM

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *