Azie sudah pulang ke Kelantan, Tapi tidak balik ke rumahnya”.. Misteri ade 5 keping surat di Tampal bertulis….

Kota Bharu: Ejen jualan kosmetik yang berjaya diselamatkan di Thailand selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kediamannya di Tumpat pada 13 September lalu, berada dalam keadaan baik.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, kini masih berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.

Katanya, tiada sebarang bayaran dilakukan sepanjang tempoh kehilangan wanita berkenaan.
Alhamdulillah mangsa dalam keadaan baik dan kini berada di Kuala Lumpur. Sedikit masa lagi akan dibawa pulang.

Tiada sebarang bayaran dibuat sepanjang kehilangannya dan saya turut berterima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bekerja keras untuk kes ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, memaklumkan Rosnazirah berjaya diselamatkan susulan kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap suami mangsa yang berusia 36 tahun.”Soal suami mangsa adalah berbeza dan kita akan menjalankan siasatan

lanjut, akan melihat sudut mana yang patut

“Ini adalah kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya berterima kasih kepada JSJ serta lain-lain pihak yang membawa kepada kejayaan ini. Kita amat berbesar hati kerana dapat menyelamatkan mangsa,” katanya.HM

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *